Rabu, 9 September 2020

[Apa nak jadi] 4.2 juta rakyat Malaysia belum daftar sebagai pemilih

Seramai 4.2 juta penduduk di negara ini yang berusia 21 tahun ke atas dan layak mengundi, masih belum mendaftar sebagai pemilih, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Shabudin Yahaya.




Beliau berkata, angka itu mewakili 22 peratus daripada jumlah keseluruhan warga Malaysia yang layak mengundi ketika ini.

“Kita hadapi satu masalah yang memerlukan semua pihak memainkan peranan bersama kerana masih terdapat 4.2 juta rakyat negara ini yang berusia 21 tahun ke atas masih belum mendaftar sebagai pengundi.


“Jumlah ini tidak bagus untuk perkembangan daftar pemilih. Ketika ini kita mempunyai pengundi berusia 21 tahun ke atas lebih kurang 15 juta orang dan kalau kita laksanakan sistem undi 18 tahun, kita akan menambah jumlah pengundi antara enam hingga tujuh juta,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Senator Ismail Yusop yang bertanyakan langkah kerajaan dalam memperkasakan pengundi baharu sebagai persediaan menghadapi pelaksanaan had umur mengundi 18 tahun.

Shabudin berkata tanggungjawab untuk menyedarkan mereka yang belum mendaftar sebagai pengundi tidak harus diletakkan di bahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semata-mata, sebaliknya perlu digalas bersama semua pihak seperti badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Terbaru! DAP namakan Adly calon Ketua Menteri Melaka

 Nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil, Adly Zahari diumumkan akan kembali menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka seandainya Pak...