Anwar oh Anwar, kalau nak buat propaganda sekalipun buatlah menggunakan skrip yang lain sedikit, ini sama macam tahun 2008 dahulu kononnya sudah cukup nombor, sudahlah episod mengejutkan ini bukan di pihak PN sahaja tergamam, malah PH pun terkedu, eh tiba-tiba angin tiada, ribut tiada terus kata cukup nombor dan Kerajaan Muhyiddin jatuh?
Terus tidak cakap banyak parti Amanah, sokong penuh..
Presiden Amanah Mohamad Sabu mengesahkan bahawa kesemua 11 Ahli Parlimen dari parti itu menyokong langkah Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim dalam membentuk kerajaan baru.
https://www.malaysiakini.com/news/543710
D4P pun terkejut dengan rasa harapan baharu bila Anwar kata kerajaan Muhyiddin jatuh, bukan ke sebelum ni sokong Shafie bakal PM?
DAP hari ini mengesahkan 42 ahli Parlimennya akan memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim, sekiranya presiden PKR itu mempunyai cukup bilangan ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, pihaknya ambil maklum mengenai pengumuman Anwar, yang mendakwa cukup sokongan ahli Parlimen untuk menuju ke Putrajaya.
Mahathir juga agak ragu-ragu dengan tindakan Anwar yang ramai melihat sengaja untuk mengalihkan perhatian untuk rakyat Sabah mengundi pada Sabtu ini.
Jahat tindakan Anwar ini, sudahlah berbohong, memeningkan kawan dan lawan pula tu. Penganalisis melihat tindakan Anwar ini ibarat promosi kembali parti PKR yang sedang kelam, di Sabah sejak hari pengumuman calon PRN Sabah, jenama PKR tenggelam timbul,
Mahathir kata Anwar bukan pertama kali dakwa ada majoriti
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dilihat tidak yakin dengan kenyataan Presiden PKR Anwar Ibrahim yang mendakwa memiliki sokongan cukup dari anggota parlimen untuk membentuk kerajaan baru.
Bercakap menerusi Zoom di Nutanix's Asean CIO Virtual Summit, Mahathir mengatakan bahawa Anwar juga pernah membuat dakwaan sama pada 2008 namun tidak menjadi kenyataan
https://www.malaysiakini.com/news/543757
Kita tunggu dan lihat, adakah BENAR ANWAR MAMPU MENGUBAH KERAJAAN, ATAUPUN BUBAR PARLIMEN ADALAH SALAH SATU CARA PENYELESAIAN KONFLIK INI.
Tiada ulasan:
Catat Komen