Rabu, 23 September 2020

[Gempar] Warisan cuba sogok anggota keselamatan kata Menteri KDN

 KOTA KINABALU – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mendedahkan Parti Warisan Sabah (Warisan) cuba menyogok anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), susulan kenyataan seorang pemimpin parti itu berhubung insiden pencerobohan di Lahad Datu yang menimbulkan kemarahan.


Beliau berkata, laporan berkenaan cubaan menyogok yang didakwanya berlaku sehari sebelum Hari Mengundi Awal hari ini  telah diajukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kata Hamzah, tindakan itu membuktikan parti tersebut kini terdesak untuk mempertahankan kuasa mereka di Sabah menjelang hari mengundi dalam tempoh tiga hari lagi.

“Saya difahamkan cubaan untuk rasuah. Semalam ada anggota kita kenal pasti ada laporan SPRM dan ada wakil daripada calon Warisan cuba nak sogok.

“Bukan sikit tapi berpuluh ribu ringgit. Warisan terdesak benar-benar takut mereka kalah mereka guna apa cara sekalipun cara memenanginya,” katanya pada sidang media di sebuah hotel di sini hari ini.

Kelmarin satu video tular di media sosial memaparkan  bekas Menteri Pelancongan, Mohamaddin Ketapi  berucap memperlekeh insiden Tanduo itu dan mendakwa pencerobohan Lahad Datu pada tahun 2013 hanya satu sandiwara.

Dalam ceramah kempen sempena Pilihan Raya Negeri Sabah, Mohamaddin antara lain berkata: “Sandiwara bohong membunuh orang. Kamu ingat dahulu PRU yang lalu, dia bilang Filipina mau ambil Sabah, jadi ada peperangan, datanglah jet dibomnya kelapa sawit orang, habis semua kelapa sawit orang.

“Habis rumah orang, koyak ditembak, ini kenyataan. Disuruh kereta kebal masuk kampung suruh berperang sama ayam, ayam sama anjing lawan dia berperang, apabila habis pilihanraya tiada pula peperangan itu.

Menempelak tindakan Mohamaddin, Hamzah beliau menambah kini terbukti calon Warisan tidak layak menjadi wakil rakyat.

“Saya memohon semua rakyat di Sabah mengetahui dengan lebih jelas bahawa calon-calon mereka adalah calon-calon yang langsung tidak memikirkan tanggungjawab demi mempetahankan negeri ini.

“Orang yang terkorban pun mereka bercakap sedemikian apatah lagi masa akan datang,” tambahnya.

Bagaimanapun, Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal hari ini memohon maaf kepada setiap anggota keselamatan, ahli keluarga mereka dan seluruh rakyat Malaysia atas kenyataan bekas Menteri Pelancongan itu.

Kata Shafie yang juga Ketua Menteri Sabah, kenyataan itu dilakukan secara spontan dan telah disalahtafsirkan.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan:

Catat Komen

Melampau tuduh Umno derhaka kepada Raja, adakah Annuar memang berniat jahat?

 Annuar Musa menuduh Umno menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong. Tuduhan itu dinyatakan dalam suratnya kepada Setiausaha Agung Umno. Annua...