Khamis, 10 September 2020

Lim Guan Eng desak Zahidi letak jawatan kerana langgar etika kerja

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Zahidi Zainul Abidin harus letak jawatan kerana melanggari etika kerja, profesionalisme dan mencemar maruah rakyat.




Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Zahidi berkali-kali memberikan maklumat yang palsu, suka menyalahkan orang lain untuk menutup kegagalannya sendiri dan membuli pihak pengadu, sungguhpun pengadu merupakan pelajar universiti berumur 18 tahun.

“Beliau sering menyarankan orang lain agar tidak menyebarkan berita palsu dengan ungkapan “tidak pasti, jangan kongsi”. Akan tetapi beliau sendiri melanggari prinsip tersebut kerana telah berkongsi berita palsu berkaitan dengan kes pelajar Sabah yang berumur 18 tahun, Veveonah Mosibin.


“Selepas meminta maaf atas dakwaan palsunya bahawa Veveonah telah menipu, Zahidi pula menyatakan akan menyiasat perkara ini secara mendalam untuk menentukan kesahihan dakwaan Veveonah.

“Selepas mendapat kritikan orang ramai, beliau pula menyalahkan DAP, Lim Kit Siang, saya dan Hannah Yeoh mempolitikkan isu ini,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Guan Eng, DAP tidak pernah berjumpa Veveonah dan hanya memberikan ulasan selepas Zahidi menyerang pelajar tersebut dalam ucapan Dewan Negara.


“Kini Kabinet sendiri mempersalahkan Zahidi sebagai tidak wajar dan tidak tepat dalam menangani isu ini. Hakikatnya, Zahidi tidak boleh salahkan siapa-siapa sekarang kerana tindakan itu bagaikan meludah ke langit terkena ke muka sendiri,” ujarnya.


Menurut Guan Eng, belum selesai isu buli adik pelajar Sabah, Zahidi mengumumkan hasrat Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) untuk mengenakan bayaran perkhidmatan 20 sen bagi pembelian bawah RM1,000 di platform e-dagang dan tambahan 20 sen bagi gandaan RM1,000 berikutnya.

https://malaysiagazette.com/2020/09/10/zahidi-harus-letak-jawatan-kerana-langgar-etika-kerja-guan-eng/

Tiada ulasan:

Catat Komen

[Setelah tular] Tok Mat nafi jadi calon PM Muafakat Nasional

 TIMBALAN Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan dirinya telah dipilih sebulat suara sebagai calon perdana menteri bagi  Muafakat ...