Khamis, 3 September 2020

Mahathir kritik Syed Saddiq, parti baharu anak muda tidak akan berjaya

Pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Dr Mahathir Mohamad mendakwa langkah anggota Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman untuk menubuhkan parti berasaskan golongan anak muda, tidak akan berjaya.


Menurut bekas perdana menteri itu, model yang dibawa Syed Saddiq itu tidak sesuai.



“Saya sebenarnya tidak tahu mengapa dia mahu menubuhkan parti baru.

“Di mana-mana kawasan, mesti kena ada orang tua dan orang muda. Kami akan pergi kepada golongan muda juga.


“Kalau dia (Syed Saddiq) hanya pergi kepada orang muda, agak sukar untuknya berjaya. Tapi ini adalah negara bebas, dia mahu lakukan dengan sendiri.

“Dia pernah menjadi penyokong kuat Pakatan Harapan (PH) dan kini dia rasa perlu bergerak berasingan daripada kami,” katanya dalam sidang medianya di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, hari ini. -MalaysiaKini


Tiada ulasan:

Catat Komen

[Hot!] Jangan anggap PN kerajaan yang lemah – Razali

 KUALA LUMPUR – Jangan menganggap Perikatan Nasional (PN) sebagai satu kerajaan yang lemah atau tidak berwibawa. Ini kerana kerajaan PN tela...