Ahad, 13 September 2020

Musa Aman tetap penting kepada Sabah

BEKAS Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman tetap penting kepada Sabah walaupun beliau tidak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) itu.


Malah tindakan beliau tidak mencalonkan diri dalam mana-mana kawasan PRN Sabah juga dilihat berprinsip.



Hal demikian menunjukkan keperibadian beliau walaupun membawa kes pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga ke Mahkamah Persekutuan.

Lebih dari itu, tindakan beliau menyebabkan pembubaran DUN juga memberi laluan kepada Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam usaha mengambil semula Kerajaan Negeri Sabah.


“Tan Sri Musa, yang mencabar kesahihan pembubaran telah ambil langkah berprinsip dengan tidak sertai PRN.

Demikian kata Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa menerusi ciapan dalam Twitternya hari ini.


Beliau berkata demikian mengulas bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga itu yang kini tidak dicalonkan.

Malah, Musa juga sebelum ini menyatakan untuk bertanding di Sungai Manila juga tidak berbuat demikian dalam Penamaan Calon, semalam.

Malah, Musa juga menasihatkan rakyat Sabah supaya jaga diri dan mendoakan mereka sentiasa berada dalam keadaan selamat.


Suara Merdeka juga melaporkan, sejak tidak diumum sebagai calon dalam bagi UMNO dalam PRN Sabah, beliau dilihat hilang dari radar politik negeri itu.

Terdahulu, Pengarah Jentera Pilihan Raya BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyatakan menjawab persoalan pencalonan Musa.


Katanya, tiada permohonan diterima daripada Musa untuk menjadi calon dalam PRN Sabah yang ke-16 itu.

“Musa tidak pernah menghantar permohonan kepada saya untuk menjadi calon,” beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Pengumuman Calon UMNO, Khamis lalu.

UMNO dan BN mengemukakan seramai 40 calon bagi menghadapi PRN Sabah sementara PN dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang menyokongnya pula mempertandingkan 44 orang.


BN dan PN dalam PRN Sabah diletakkan di bawah Gabungan Rakyat Sabah sebagai satu gagasan.

Namun, terdapat 11 kerusi menyaksikan pertembungan BN dan PN dalam pilihan raya yang akan berlangsung pada 26 September nanti. – SM

Tiada ulasan:

Catat Komen

Shahril Hamdan tegur Bersatu, usahlah pusing cerita dakwa Umno pula yang cetus masalah

 PETALING JAYA: Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan meminta Bersatu tidak menuduh Umno mencetuskan masalah, sebaliknya beliau mempersoalka...