Ahad, 13 September 2020

Perkara yang melucukan bila Shafie mengadu dekat Atuk yang Najib ada dekat Tawau - Nitizen

Berlegar video tular semalam bila Shafie Abdal bersungguh menelefon Mahathir semata-mata nak beritahu Najib ada dekat Tawau.

Berdekah bila ramai mengakatan, ia sangat melucukan, ibarat budak sekolah kaki mengadu dekat cikgu, bila dia tahu kawan lain keluar kelas, bermain-main di dalam kelas, dia mengadu dengan menyebut nama seorang-seorang.



Mungkin diantara kita pernah mengalami situasi begini atau kita memang sebegitu, oppss.


Berbalik PRN Sabah, rekod telah terlulis, 447 calon bertanding dalam PRU DUN Sabah – SPR

Malah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, selepas tempoh penamaan calon ditutup pada jam 10 pagi tadi, ia menerima 73 pencalonan dari Parti Cinta Sabah (PCS), Parti Warisan Sabah (Warisan) 53; Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) 47, Parti Demokratik Liberal (LDP), 46 dan Barisan Nasional (BN) 41.


HEBAT DEMOKRASI NEGERI SABAH.


KALABAKAN – Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang sempat menghubungi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada hari penamaan calon pagi ini di Semporna mendapat perhatian seterunya, Datuk Seri Najib Razak.

Najib ketika di Kalabakan berkata tindakan Shafie membuat panggilan kepada Dr Mahathir bagaikan kelakuan pelajar yang dibuli di sekolah.


“Presiden Warisan ini penyokong kuat atuk (Tun Dr Mahathir). Tadi dia pun telefon atuk kata Najib datang Tawau. Macam budak sekolah mengadu kat cikgu. Cikgu ada budak jahat.

“Saya nak mengadu. Ini dia saya pula disebutnya dalam banyak-banyak pemimpin, saya pulak hang disebut,” katanya ketika sesi ceramah Pilihan Raya ‘Bossku’ bersama jentera BN di Command Center BN Kalabakan, sebentar tadi.

Awal hari ini, gambar dan video Ahli Parlimen Semporna itu viral apabila beliau mengadakan perbualan video dengan Dr Mahathir.

Dalam video itu, Shafie membuat panggilan video dan memberikan perkembangan terkini sambil bertanya khabar kepada Pengerusi Parti Pejuang tersebut.

Shafie turut memberikan maklumat mengenai keberadaan Najib yang kini di Tawau untuk membantu kempen BN.

“Takut kepada Bossku ke? Sampai mengadu kepada Atuk,” kata Najib.

Dalam pada itu, Najib mencabar Dr Mahathir untuk turun berkempen bagi memenangkan Warisan Plus pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang sedang berlangsung.


Dengan nada sinis Najib berkata, kehadiran Dr Mahathir kemungkinan kemenangan besar Gabungan Rakyat Sabah yang disertai Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

“Atuk nak datang ke Sabah ke? Saya suka kalau atuk datang ke Sabah. Sebab mana-mana tempat dia datang, BN menang lebih besar.


“Saya harap dia datang ke Sabah. Kempen di Sabah sebab orang Sabah tahu dalam masa 22 tahun, kemudiannya menjadi Perdana Menteri ketujuh, apa yang dia buat untuk orang Sabah,” katanya.

Selepas PRU14, BN memenangi lapan kerusi PRK berbanding PH yang memegang lima kerusi.


BN memenangi PRK Cameron Highlands pada 26 Januari 2019, DUN Semenyih pada 2 Mac 2109, DUN Rantau pada 13 April 2019, Parlimen Tanjung Piai pada 16 November 2019 dan Parlimen Kimanis 18 Januari lalu.

Terbaharu BN turut memenangi kerusi PRK Chini dan Slim, Perak pada 29 Ogos lalu. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan:

Catat Komen

Terbaru! DAP namakan Adly calon Ketua Menteri Melaka

 Nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil, Adly Zahari diumumkan akan kembali menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka seandainya Pak...