Sabtu, 19 September 2020

Pilihan Raya Negeri peluang pengundi Sabah ubah kerajaan – Musa

KENINGAU – Bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman berkata pengundi Sabah berpeluang untuk mengubah kerajaan melalui pilihan raya negeri Sabtu depan.



“Semua pengundi mesti menggunakan hak mereka untuk memilih kerajaan yang mampu membetulkan masalah yang ditimbulkan oleh kerajaan pimpinan Warisan terutama dalam menguruskan ekonomi dan pembangunan negeri secara keseluruhan,” menurutnya dalam kenyataan yang dikeluarkan setelah menghadiri sesi bertemu rakyat di Kg Kota Ayangan di Bingkor hari ini.

Musa menghadiri program tersebut sebagai tanda sokongan kepada Robert Tawik, yang mewakili Perikatan Nasional (PN) bagi merebut kerusi DUN Bingkor pada pilihan raya ini.


Beliau berkata, kerajaan Warisan di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal gagal mentadbir Sabah dengan berkesan yang menyebabkan rakyat tidak mempunyai pilihan selain mengangkat PN dan sekutunya ke tampuk pemerintahan.

Musa berkata sepanjang tempoh 26 bulan lepas, Mohd Shafie seharusnya fokus pada agenda pembangunan negeri dan perancangan ekonomi yang sebenar tetapi beliau dilihat lebih berminat untuk berpolitik dan memburukkan reputasi lawan.


“Oleh itu, saya harap rakyat akan memilih dengan bijak dan tidak terpengaruh dengan pembohongan dan politik menipu,” katanya. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Komen

Najib 'tarbi' kerajaan PN kerana tidak mampu menjaga warganya sendiri yang jatuh sakit

  Memang itulah yang terjadi, mengapa Najib kritik lantang dengan kerajaan PN sekarang ini? Puncanya kerna mereka cara mereka menyelesaikan ...