KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah menafikan parti itu hanya diberikan tiga kerusi tambahan untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.
Sebaliknya, tegas Ketua Penerangan AMK negeri, Razeef Rakimin, PKR akan meletakkan calon di banyak kerusi.
“Saya ingin perbetulkan beberapa kenyataan seorang penganalisa politik, antaranya mendakwa PKR hanya akan diberi tiga kerusi tambahan.
“Saya tegaskan, tidak ada pihak lebih berkuasa sehingga PKR perlu mengharapkan agar diberikan kerusi, sebaliknya kita telah bersedia untuk meletakkan calon di lebih banyak kerusi berbanding sebelum ini,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.
Semalam, penganalisi politik, Dr. Jeniri Amir dilaporkan berkata, jumlah tiga kerusi tambahan itu mengambil kira prestasi tidak memuaskan PKR pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di negeri itu pada 2018.
Menurutnya, PKR hanya menang dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding sembilan kerusi yang ditandingi parti itu.
Mengulas lanjut, Razeef turut menyangkal dakwaan penganalisa itu yang menyatakan Pakatan Harapan (PH) tidak wujud di Sabah.
Ujarnya, PH Sabah telah wujud seawal 2016 dan secara rasmi pada 2017, malah, beliau sendiri diberikan amanah sebagai Setiausaha Sekretariat Pemuda PH Sabah pada Februari 2017.
“Soal logo juga PH sudah dikenali umum di Sabah, namun jika digunakan, maka parti Warisan akan dipandang sebagai sebuah blok ketiga yang kecil.
“Oleh itu, demi menjaga hubungan antara parti, kita memutuskan untuk menggunakan logo sendiri,” katanya.
PKR mula bertapak di Sabah pada 1999 yang dilancarkan pada 8 Ogos tahun itu dan diasaskan serta dipimpin oleh orang Sabah untuk memperjuangkan rakyat negeri itu.
“Jika bercerita soal prestasi, pada PRU14 PKR telah mengorbankan 35 kerusi yang ditandingi pada PRU-13 kepada parti Warisan sebagai langkah permulaan memasuki pilihan raya.
“Malah. PKR lebih banyak bertanding di kawasan yang sukar dimenangi sehingga hanya menang dua daripada lapan kerusi yang ditandingi, berbanding memenangi tujuh kerusi DUN pada PRU-13,” katanya.
Beliau berkata, merujuk kepada perpecahan dalaman PKR, penganalisa itu sepatutnya tahu PKR telah mencapai angka satu juta ahli selepas “Langkah Sheraton” di Kuala Lumpur.
“Ini bermakna PKR semakin kukuh selepas pembersihan parti dilakukan. Jadi, tidak timbul soal PKR semakin lemah.
“Kita telah berkorban banyak demi membantu parti Warisan untuk memulakan langkah pada PRU14 lalu, itu adalah fakta, dan kita tidak ada masalah bekerjasama dengan UPKO walaupun parti itu hanya bersama kami selepas Barisan Nasional (BN) kalah PRU14.
“Oleh itu, atas semangat muafakat dalam sebuah pakatan, biarlah pembahagian kerusi ini dilihat adil agar tidak ada pihak yang akan dianggap tamak dan angkuh,” ujarnya. – MalaysiaGazette
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Terbaru! DAP namakan Adly calon Ketua Menteri Melaka
Nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil, Adly Zahari diumumkan akan kembali menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka seandainya Pak...


-
Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham mahu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kerajaan secara terhomat kepada PH Plus se...
-
Agak mengejutkan setelah ura-ura kerajaan Warisan akan terlungkup, rupa-rupanya ia sangat menjadi kenyataan pada hari ini menurut portal Sua...
-
Terkejut juga, sudah tahu yang datangnya adalah Mahathir, patutnya orang kuat parti pejuang kenalah tarik segera orang-orang dia diseluruh M...

Tiada ulasan:
Catat Komen