Ahad, 27 September 2020

[Pulak Dah] Shafie Kalah Tapi Belum Tumbang walaupun keputusan memihak kepada GRS? #PRNSABAH

 Inilah dinamakan politik Sabah tuan-tuan, selagi tidak muncul seorang pemimpin yang boleh memegang kesemua telur-telur adun atau Ahli Parlimen, maka begitulah jawapan dengan politik Sabah, lagi satu, kerana dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang disahkan menang PRN Sabah, kemenangan gabungan itu dengan 38 kerusi belum menjamin satu episod menyusahkan bagi rakyat Sabah.


Semuanya kerana kuasa, kuasa itulah yang membuatkan segalanya menyukarkan, menyusahkan rakyat. Warisan mungkin nampak sudah tumbang.

Tetapi Shafie yang masih belum tumbang, siapa sangka?

Dari Suara TV

https://suara.tv/27/09/2020/shafie-kalah-tapi-belum-tumbang/

Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mungkin akan mengangkat sumpah sekali lagi esok berikutan kegagalan mana-mana parti menjadi dominan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang berakhir petang tadi.

Dalam keputusan PRN yang diumumkan lewat malam tadi, Warisan (termasuk DAP) mendapat 29 kerusi, Perikatan Nasional (PN) 17, Barisan Nasional (BN) 14, PBS 7, Bebas 3, PKR 2 dan UPKO 1.

Secara prinsipnya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dianggotai oleh PN, BN dan PBS memenangi 38 kerusi membolehkan mereka memperolehi majoriti mudah. Namun seperti yang dijangka kegagalan menamakan Ketua Menteri sebelum pilihan raya kini menjadi satu masalah kepada GRS.

UMNO berpendapat GRS wajar menamakan ADUN dari UMNO sebagai calon Ketua Menteri Sabah kerana telah ada persetujuan lisan berikutan kesanggupan parti tersebut menyerah banyak kerusi yang dimenangi dalam pilihan raya lalu kepada Bersatu.

Dalam masa yang sama jumlah UMNO merupakan parti yang memenangi kerusi terbanyak dalam gabungan ini iaitu sebanyak 14, diikuti Bersatu 10, Star dan PBS masing-masing 7.

Bagaimanapun sumber dalam PN menyatakan mereka perlu memegang jawatan tersebut berikutan PN (gabungan Bersatu dan Star) meraih 17 kerusi.

Dalam sidang media jam 2 pagi tadi, Perikatan Nasional jelas belum mengadakan sebarang perjumpaan dengan Barisan Nasional Sabah.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Hajiji Noor mengelak soalan pemberita mengenai perbincangan antara sekutu dan hanya memaklumkan calon Ketua Menteri Sabah yang baharu akan diumumkan esok pagi.

Sebaliknya sidang media tersebut turut mengumumkan ADUN Kemabong, bekas Ketua UMNO bahagian Tenom, Rubin Balang, yang bertanding bebas dan menewaskan calon BN untuk menyertai Perikatan Nasional.

Shafie Kembali Sebagai Ketua Menteri?

Kemenangan GRS sangat rapuh kerana ia diasaskan oleh dua buah parti UMNO dan Bersatu yang bersaing dalam pasaran undi yang sama.  Manakala PBS yang mengambil keputusan bertanding menggunakan logo sendiri kelihatan mempunyai agenda sendiri dan boleh membuat keputusan luar dugaan.

Menurut sumber Mohd Shafie yang mempunyai 32 kerusi melalui Warisan, PKR dan Upko membuka saluran perundingan dengan PN, PBS dan BN secara berasingan.

Dengan Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sabah mungkin menyebelahi Mohd Shafie, beliau boleh memberi peluang kepada bekas Ketua Menteri membuktikan kemampuan beliau mendapatkan sokongan majoriti.

Terdapat sumber dalam BN menyatakan PN sedang berbincang dengan Shafie bagi membentuk satu kerajaan PN-Warisan dengan Mohd Shafie sebagai Ketua Menteri.

Ini mungkin berlaku kerana Warisan mempunyai 7 kerusi Parlimen yang diperlukan bagi mengukuhkan kerajaan Perikatan Nasional di peringkat pusat.

Jalan kedua, buat Mohd Shafie ialah mengadakan kerjasama dengan PBS yang mempunyai 7 kerusi. Sekiranya PBS yang bertanding atas logo sendiri membuat keputusan menyertai pakatan dengan Warisan, ia sekaligus membolehkan Mohd Shafie mempunyai 39 kerusi, mengatasi garis majoriti mudah 37 kerusi.

Jalan ketiga buat Mohd Shafie, ialah mengadakan kerjasama dengan parti lama beliau UMNO.

UMNO kelihatan sedang diketepikan oleh PN dan tidak mustahil parti tersebut mengadakan pakatan dengan Warisan sekaligus membentuk sebuah kerajaan dengan majoriti 46 kerusi yang merupakan gabungan paling kukuh.

Justeru ketika ramai melihat Warisan dan Mohd Shafie telah kalah, tidak mustahil minggu ini kita akan menyaksikan beliau sekali lagi mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah dengan kedudukan yang lebih kukuh.

Krisis politik Sabah tampak belum ada tanda pengakhiran mudah kecuali segala kekecohan dan ketidakhadiran BN dan PBS dalam sidang media lewat pagi tadi hanya satu sandiwara sedangkan keputusan telah dibuat lebih awal.

Sama-sama kita tunggu sama ada seorang Ketua Menteri Sabah yang baharu akan mengangkat sumpah esok.-SUARATV.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Shahril Hamdan tegur Bersatu, usahlah pusing cerita dakwa Umno pula yang cetus masalah

 PETALING JAYA: Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan meminta Bersatu tidak menuduh Umno mencetuskan masalah, sebaliknya beliau mempersoalka...