Rabu, 23 September 2020

Sah kerajaan Muhyiddin jatuh kata Anwar di sidang media sebentar tadi...

Jadi ura-ura mengatakan yang Anwar sudah cukup nombor ahli parlimen bukanlah setakat khabar angin, namun ini adalah salah satu perkara serius yang Anwar cuba beritahu kepada umum.

Katanya lagi, setakat ini jumlah Ahli Parlimen sangat cukup untuk membentuk kerajaan baharu, tetapi tidak dipastikan pula dari parti yang mana.

Kita tunggu dan lihat apa kesudahan drama panas ini. 

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau mempunyai majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan baharu dalam masa terdekat.

Dalam satu sidang media tergempar di Kuala Lumpur pada Rabu, beliau menegaskan pada saat ini kerajaan pimpinan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin "telah jatuh."

“Dengan sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan, bermakna pada saat ini kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh,” katanya disambut tepukan, sorakan dan laungan ‘reformasi’ daripada penyokongnya.

Tambah beliau, maklumat dan langkah selanjutnya akan dimaklumkan selepas beliau bertemu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam masa terdekat.

Astro Awani

Tiada ulasan:

Catat Komen

Shahril Hamdan tegur Bersatu, usahlah pusing cerita dakwa Umno pula yang cetus masalah

 PETALING JAYA: Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan meminta Bersatu tidak menuduh Umno mencetuskan masalah, sebaliknya beliau mempersoalka...