Rabu, 2 September 2020

Shafie berbohong demi kekal berkuasa, kata Musa

KOTA KINABALU: Bekas ketua menteri Sabah, Musa Aman membidas Presiden Warisan, Shafie Apdal yang mendakwa kerajaan negeri terdahulu di bawah pimpinannya memberikan tanah milik Yayasan Sabah kepada orang tertentu.


Musa berkata, Shafie semakin terdesak sehingga sanggup “menjaja pelbagai tohmahan dan pembohongan tidak berasas, semata-mata untuk kekal berkuasa”.


Musa Aman (kiri) mendakwa Shafie Apdal, menerusi ucapan baru-baru ini, tanpa segan silu melemparkan tuduhan liar dan sanggup ‘memanipulasi isu perkauman’ untuk mengelirukan masyarakat.

Beliau mendakwa Shafie, menerusi ucapan ala kempen baru-baru ini, tanpa segan silu melemparkan tuduhan liar dan sanggup “memanipulasi isu perkauman” untuk mengelirukan masyarakat.

“Menyebarkan berita palsu kini sudah menjadi ‘resam’ baru kepada Warisan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Baru-baru ini, Shafie menuduh pentadbiran kerajaan sebelum ini dengan sengaja memberikan tanah milik Yayasan Sabah kepada segelintir pihak.


“Terang lagi bersuluh, niat Shafie itu amat meragukan kerana sebagai pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, beliau sepatutnya sedar tuduhan itu tidak benar disebabkan kawasan yang dilesenkan kepada Yayasan Sabah tidak boleh diberikan kepada pihak ke-3.

“Sebagai pemegang hak tunggal, Yayasan Sabah hanya boleh menjemput pihak ke-3 mengeluarkan hasil balak menerusi kaedah Pembalakan Kurang Impak (RIL) atau membangunkan kawasan dilesenkan secara kontrak.

“Saya beranggapan mungkin bagi sesetengah ahli politik, berita palsu, penipuan, kempen kotor dan pembunuhan karakter adalah satu-satunya jalan untuk mereka dilantik.”

Minggu lalu, seorang ahli perniagaan Sabah menolak dakwaan Shafie mengenai kehilangan tanah milik Yayasan Sabah.


Ahli perniagaan, Mohemad Amin Azizurahman @ Amin Khan, dilaporkan berkata pelbagai pihak menuduhnya pencuri dan perompak, selepas Shafie membuat dakwaan itu dalam ucapannya sebelum itu, yang dikongsi secara meluas.

Amin berkata, Shafie mendakwa beliau menerima 30,000 ekar tanah di Kalabakan daripada Yayasan Sabah dan kira-kira 600,000 hingga 700,000 ekar tanah milik yayasan itu “hilang”.


Beliau berkata: “Saya tidak pernah menerima 30,000 ekar tanah daripada Yayasan Sabah pada bila-bila masa sekali pun.

“Sejauh yang saya tahu, tanah konsesi yang dipegang Yayasan Sabah berada di bawah satu lesen dan mustahil ia ‘hilang’ atau diberikan kepada pihak ke-3. Tanah itu kekal di bawah Yayasan Sabah.”


Dalam kenyataan hari ini, Musa mempersoalkan motif Shafie membuat dakwaan itu yang segelintir komuniti dijadikan “anak emas” oleh kerajaan terdahulu berkaitan pemberian tanah.

Baca seterusnya

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/09/02/shafie-berbohong-demi-kekal-berkuasa-kata-musa/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Umno utus surat ‘rasmi’ kepada Muhyddin tamatkan kerjasama pada PRU-15?

 PETALING JAYA: Annuar Musa mendesak pimpinan parti mengesahkan sama ada Umno mengutus surat kepada Muhyiddin Yassin memaklumkan tidak akan ...