Jumaat, 11 September 2020

Tan Sri Muhyiddin dan PN teramat popular di Sabah - kaji selidik SEEDS

Berdasarkan kepada dapatan-dapatan kaji selidik yang dibuat oleh sahabat saya pensyarah kanan dari Univeristi Malaysia Sarawak, Dr Arnold Puyok, melalui Society Empowerment & Economic Development of Sabah (SEEDS), ke atas 2,350 responden dari semua 25 kerusi Parlimen seluruh Sabah yang dipilih menggunakan kaedah ‘stratified sampling’ dari 24 Ogos ke 31 Ogos 2020, adalah jelas bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Kerajaan PN teramat popular sekali di Sabah




Antara dapatan-dapatan kaji selidik yang menunjukkan kesimpulan ini adalah bahawa:

(1) 89.6% daripada responden sama ada puas hati atau sangat puas hati dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin berbanding hanya 7.9% daripada responden yang tidak puas hati dengan beliau.


(2) 82.2% daripada responden menyifatkan pengurusan negara oleh Kerajaan PN berada pada tahap baik atau sangat baik berbanding hanya 17.8% daripada responden yang menyifatkan pengurusan negara oleh Kerajaan PN berada pada tahap tidak baik atau sangat tidak baik.


Berdasarkan dapatan-dapatan kaji selidik ini, sepertinya WARISAN PLUS tidak akan mampu untuk menahan asakan populariti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan PN dalam PRN Sabah ini.

Sumber Facebook Kamarul Yusoff 

Tiada ulasan:

Catat Komen

Melampau tuduh Umno derhaka kepada Raja, adakah Annuar memang berniat jahat?

 Annuar Musa menuduh Umno menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong. Tuduhan itu dinyatakan dalam suratnya kepada Setiausaha Agung Umno. Annua...