Sabtu, 31 Oktober 2020

[Apa sudah jadi?] Sumber: Muhyiddin didakwa elak jumpa Umno bincang syarat baru?

 Perdana Menteri Muhyiddin Yassin didakwa mengelak berjumpa dengan pimpinan Umno bagi berbincang mengenai syarat baru kerjasama politik dengan Perikatan Nasional (PN) dalam usaha menyelamatkan gabungan itu.

Ini selepas beberapa percubaan pemimpin Umno berjumpa dengan Muhyiddin sejak mesyuarat Majlis Tertinggi Umno membuat mencapai keputusan untuk kekal menyokong Kerajaan PN.



"PM sepatutnya berjumpa dengan seorang pemimpin utama Umno pada Rabu atau Khamis minggu lepas.

"Tetapi, tidak jadi. Sebabnya PM terlalu sibuk. Sekali lagi, PM tidak dapat jumpa semalam atas alasan dia perlu ke Pagoh."

"Jadi, kami fikir Muhyiddin mengelak berjumpa Umno untuk bincang syarat baru," kata satu sumber terdekat dengan pucuk pimpinan parti kepada Malaysiakini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terkini syarat-syarat baru yang sepatutnya diserahkan kepada Muhyiddin dalam usaha Umno kekal sokong Bersatu dalam Kerajaan PN.

Menurutnya, kerjasama antara Umno dan Bersatu bergantung persetujuan kedua-dua pihak dalam isu syarat ini.

"Biarpun MT Umno sebelum ini turut membuat keputusan bahawa ahli parlimen Umno akan memberikan sokongan kepada Kerajaan PN namun samada sokongan ini kekal berterusan sangat ditentukan maklumbalas PM terhadap syarat yang akan dikemukakan oleh Umno kelak," katanya.

Untuk rekod, pada 26 Okt, Umno mengumumkan bahawa akan meneruskan sokongan kepada Muhyiddin namun menggesa penambahbaikan kerjasama berdasarkan nilai penghormatan dan konsensus politik.

Ini selepas keputusan Biro Politik parti itu sebelum ini bahawa memutuskan untuk mempertimbangkan semula sokongan pada PN, memberi syarat baru kerjasama serta mendaftarkan Muafakat Nasional secara rasmi sebagai parti politik.

Sumber itu juga memberitahu bahawa mesyuarat MT Umno pada 29 Okt telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk memperhalusi syarat-syarat parti itu.

Baca selanjutnya malaysiakini.com/news/548901

Hanya Darurat dapat halang Pilihanraya kata Muhyiddin

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata hanya perisytiharaan darurat membolehkan pilihan raya kecil di Batu Sapi dan pilihan raya negeri Sarawak ditangguhkan sehingga pandemik Covid-19 berakhir.


Beliau berkata, ia selaras dengan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

“Jika pilihan raya tidak dapat ditangguhkan atas apa-apa sebab sekalipun, rayuan saya kepada kepada penduduk di Batu Sapi dan Sarawak berhati-hatilah.

“Jagalah diri dan patuhi SOP dengan penuh berdisiplin apabila pilihan raya diadakan,” katanya pada sidang media khas situasi semasa Covid-19, hari ini.

Sidang media itu diadakan seminggu selepas cadangan kerajaan melaksanakan perintah darurat ditolak oleh Yang di-Pertuan Agong.

Kes positif Covid-19 meningkat mendadak selepas pilihan raya negeri Sabah dengan kes harian lebih 500 kes setiap hari.

Semalam 799 kes baru Covid-19 dicatatkan di seluruh negara.

Negeri berkenaan mendominasi catatan kes harian tertinggi sejak PRN yang diadakan pada akhir Sept lalu dan setakat ini mencatatkan 13,701 kes.

Susulan peningkatan penularan kes positif Covid-19, beberapa negeri kini diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) antaranya Sabah, Labuan, Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/10/31/hanya-darurat-dapat-halang-pilihan-raya-kata-muhyiddin/

Politik tidak stabil buatkan pelabur tarik diri dari melabur kata ahli ekonomi

 Ketidakstabilan politik dan masalah pekerja asing antara faktor yang menghambat usaha Malaysia menarik syarikat melabur di negara ini, kata ahli ekonomi.

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) mencatatkan RM19.5 bilion daripada pelaburan asing dalam 6 bulan pertama 2020, dengan pengerusinya menyatakan beliau mengharapkan Malaysia terus menjadi hab pelaburan serantau walaupun berdepan wabak Covid-19.



Bagaimanapun, profesor ekonomi Universiti Sunway Yeah Kim Leng berkata, walaupun pendekatan inovatif Mida untuk menarik pelaburan amat tepat, ia tidak mencukupi kerana pelabur jangka panjang sangat mementingkan kestabilan politik.

“Kerajaan yang stabil amat penting bagi pelaburan asing untuk mencapai kadar pertumbuhan 1 digit tinggi yang diinginkan,” kata Yeah.

Goh Lim Thye, pensyarah kanan ekonomi di Universiti Malaya (UM), menyatakan laporan Bank Dunia 2013 menekankan pengurangan pelaburan yang ketara di Timur Tengah dan Afrika Utara dari 2003 hingga 2012 kerana kejutan politik yang buruk.

Goh berkata, kestabilan Singapura membuatkannya menonjol daripada persaingan.

Carmelo Ferlito, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pendidikan Pasaran Malaysia, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) berkata, Malaysia berjaya dalam dekad yang lalu untuk menarik pelaburan asing walaupun merupakan pasaran kecil.

Namun, katanya, ketidakstabilan politik ketika ini bermaksud pelabur mengambil pendekatan “tunggu dan lihat”.

Ketiga-tiga mereka mengulas kenyataan pengerusi Mida, Abdul Majid Ahmad Khan baru-baru ini, Malaysia akan tetap menjadi sasaran pelaburan yang menarik walaupun pandemik Covid-19 dan ekonomi global tidak menentu.

Katanya, kelebihan Malaysia termasuk rangkaian rantaian bekalan tempatan yang kukuh dan boleh dipercayai, serta prospek pertumbuhan jangka panjang yang mampan.

Baca selanjutnya https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/10/31/ketidakstabilan-politik-jejas-usaha-tarik-pelabur-asing-kata-pakar/

Jumaat, 30 Oktober 2020

Bagaimana menggunakan seni politik mengecilkan musuh yang ramai?

 Kita sedia tahu, kerajaan Perikatan Nasional ini wujud kerana PPBM keluar dari Pakatan Harapan, Perdana Menteri ketika itu Tun Mahathir meletak jawatan tanpa berbincang dengan sekutu parti.

Kalaulah kita tahu serba sedikit tentang mengapa Pakatan Harapan ini perlu diruntuhkan? Hairan juga sebab sudah menang bersama-sama dalam gabungan PH, musuh utama PPBM pada PRU14 memang nyata adalah Najib dan UMNO.

Gambar sekadar hiasan

Tidak pelikkah kita dengan tiba-tiba mereka boleh keluar gabungan dan ingin membuat gabungan baharu yang katanya tiada DAP.

Ok kita undur balik kejadian-kejadian untuk sangat menjadi untung walau dalam kelompok kecil, anda fikir sejenak. Dalam pertembungan PPBM/PH ketika mereka kerajaan dalam PRK-PRK yang telah diadakan, kesimpulannya mereka telah mengalami kekalahan sangat teruk, terutama PPBM.

7 PRK, kena KO dengan BN/UMNO/MN, bantuan PAS dalam Muafakat Nasional pula membentuk gabungan paling utuh untuk sokongan orang Melayu sebelum runtuhnya Pakatan Harapan berkuasa di Putrajaya.

Mengapa PPBM tarik brek tangan untuk menyokong DAP? Alasan sebab DAP tidak boleh dibuat kawan, mereka tahu, kalaulah mereka masih setia dengan Pakatan Harapan, dengan kecaman rakyat terhadap Menteri PH, kecaman terhadap Tun Mahathir yang menjadi Perdana Menteri kononnya selamatkan Malaysia.

Maka kalau berlaku PRU15 pada 2022 atau 2023, percayalah habis lunyai dibawa angin dan boleh buat Pakatan Harapan hanya tinggal nama selepas itu.

Mood rakyat ketika itu memang sangat membenci Pakatan Harapan.

Namun, pada Februari, langkah Sheraton namanya, membuatkan Pakatan Harapan runtuh, dan wujudnya Perikatan Nasional bersama UMNO dan PAS serta kepalanya adalah PPBM.

Tidak mahu menulis panjang, anda sebagai pemikir yang hebat, anda tahu bukan mengapa PPBM lakukan perkara ini?

Matlamat mereka adalah untuk selamatkan imej mereka sahaja dimata orang Melayu, yang lain ingin memecahkan Muafakat Nasional, anda nampak bukan keadaannya sekarang?

Malah strategi parti kecil itu telah nampak hasilnya dengan pergolakan UMNO, yang pro kepada PN bertelagah di medsos tanpa henti dengan pro kepada Najib Razak (ketika ini).

Malah tidak lupa juga laga-lagakan UMNO dan PAS sehingga masing-masing hilang kepercayaan antara satu sama lain.

Percayalah jalan cerita terancangan ini dikepalai oleh 'Grand Master' yang licik, cukup halus permainannya, sehingga semua nampak si ular lidi ingin membaham si ular sawa.

Malah si ular lidi dibantu pula oleh saki baki pengikut si ular sawa yang kenyang dengan habuan yang telah diberi.

Jadi kesimpulannya, memang hebat pemikir ulung seni politik yang telah porak perandakan UMNO dan sekutunya yang lain.

Berimiginasi tidak salah, yang salah adalah khianat. Sekian

En Tulis

Khamis, 29 Oktober 2020

[Panas] Dr M jumpa Ku Li dan pemimpin lain bincang kerajaan perpaduan - sumber

 Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dikatakan mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin politik mengenai cadangan membentuk kerajaan perpaduan.


Sumber dari pejabat Mahathir mengesahkan bahawa Mahathir telah bertemu dengan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pada hari Isnin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad pada hari Selasa, dan Presiden Amanah Mohamad Sabu semalam.

"Perbincangannya adalah untuk membentuk kerajaan perpaduan," kata sumber itu kepada Malaysiakini hari ini.

Ketiga-tiga pertemuan itu dikatakan diadakan di kediaman Mahathir di Seri Kembangan, Selangor.

Ditanya mengenai ketidakhadiran pemimpin DAP dalam pertemuan itu, sumber itu menjawab, "setakat ini mereka yang ada dalam gambar yang sudah datang".

Sumber itu menambah bahawa "pintu mereka masih terbuka" kepada mana-mana pihak yang ingin berbincang mengenai perkara itu dengan Mahathir.

Mohamad Sabu ketika ditemui selepas mesyuarat Majlis Presiden PH hari ini enggan mengulas ketika ditanya berkenaan pertemuan itu.

"Tiada, komen, tiada komen," katanya.

Sebelum ini, laman Facebook kelab penyokong Mahathir, Kelab Che Det menyiarkan tiga gambar yang dikaitkan dengan pertemuan berkenaan.

"Ketika Negara diuji, kerajaan perpaduan adalah formula terbaik. Parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang dan sebaliknya hanya kepentingan negara sahaja yang diutamakan. Ini juga menyambut baik saranan YDP Agong supaya berhenti berpolitik.

"Jika penubuhan kerajaan perpaduan berlaku, diharap ia bukan sahaja membela kepentingan dan kebajikan rakyat Malaysia berbilang kaum, malah boleh memberi fokus kepada usaha pemulihan ekonomi negara yang semakin mencabar kesan akibat pandemik Covid-19, pergolakan politik dan kedudukan ekonomi global yang tidak tentu," kata kenyataan yang mengiringi gambar berkenaan di Facebook.

Perkembangan itu hadir ketika Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berdepan cabaran dari dalam dan luar gabungan Perikatan Nasional yang diterajuinya.

Muhyiddin juga mempunyai tugas untuk memastikan Belanjawan 2021 yang dijangka dibentangkan pada 6 November mendapat sokongan majoriti ahli parlimen, untuk membuktikan dia masih mendapat keyakinan daripada ahli Dewan rakyat untuk kekal sebagai perdana menteri.

Yang di-Pertuan Agong sebelum ini menyeru semua ahli politik menyokong belanjawan itu yang disifatkan penting dalam usaha kerajaan menangani Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

https://www.malaysiakini.com/news/548611

Selasa, 27 Oktober 2020

Idea Najib memang sentiasa untuk kebaikan rakyat, Najib cadang keluarkan RM10,000 simpanan KWSP

Kerajaan perlu pertimbangkan cadangan ramai pihak agar pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan membuat pengeluaran sehingga RM10,000 secara ‘one-off’ dari akaun 1 masing-masing.

“Ianya Bertujuan untuk membantu rakyat yang terjejas bagi kegunaan mendesak.” kata Najib Razak

Kerajaan perlu pertimbangkan cadangan ramai pihak agar pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan membuat pengeluaran sehingga RM10,000 secara ‘one-off’ dari akaun 1 masing-masing.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kebenaran itu bertujuan untuk membantu rakyat yang terjejas bagi kegunaan mendesak.



Najib turut mencadangkan agar permohonan tersebut boleh dipertimbangkan dengan syarat pemohon juga tandatangan surat aku janji untuk berjanji mencarum semula pengeluaran ‘one-off’ itu dalam tempoh dua tahun akan datang selepas ekonomi pulih tidak termasuk caruman bulanan biasa.

“Saya nak nasihatkan bahawa dividen KWSP biasanya lebih tinggi berbanding kadar faedah simpanan bank dan simpanan KWSP adalah amat penting untuk usia tua selepas bersara.

“Sebab itu, jangan membuat pengeluaran KWSP jika tiada kegunaan mendesak,” katanya dalam hantaran di laman Facebook miliknya, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan membenarkan pencarum KWSP untuk mengeluarkan simpanan mereka dengan jumlah maksimum RM6,000 dari akaun 2 KWSP menerusi skim i-Lestari.

Dalam pada itu, bekas Menteri Kewangan itu turut menjelaskan, syarat aku janji yang dicadangkan itu bukan bertujuan mendesak pencarum membuat bayaran balik.

“Niat saya adalah untuk menggalakkan pencarum melebihkan simpanan usia tua sebab dividen KWSP adalah lebih tinggi.

“Jika tak dapat bayar balik dalam masa dua tahun, tiada penalti dan KWSP tak boleh buat apa-apa.

“Cuma untuk memperingatkan pencarum bahawa simpanan dalam KWSP adalah penting dan akhirnya akan menguntungkan pencarum,” ujarnya.

https://www.kosmo.com.my/2020/10/26/najib-beri-cadangan-keluarkan-rm10-000-simpanan-kwsp/?fbclid=IwAR3vsVF94EeIQUzTCrTjPT1w76ed3d3XkuUix8MrmySORclLQi70ADDYdwY

D4P juga tidak ikut jangan berpolitik kata Kit Siang

 KUALA LUMPUR – Veteran DAP, Lim Kit Siang tampil mempersoalkan kenapa rakyat Malaysia khasnya ahli politik terus main politiking dan tidak mendahulukan krisis Covid-19 daripada terus berpolitik.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Putri hari ini menulis dalam nada kecewa bagaimanakah titah Yang Dipertuan Agong (YDPA) untuk berhenti berpolitik dan bersatu memerani pandemik.

Jelasnya ia juga merupakan intipati pesanan Yang di Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu pada hari Ahad lepas.

“Pada malam Ahad, persoalannya adalah sama ada Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri berikutan penolakan YDPA terhadap cadangan Kabinet untuk mengisytiharkan darurat dan menggantung Parlimen.


“Malam semalam, persoalannya bertukar kepada adakah pemerintahan pintu belakang Muhyiddin akan tumbang sekiranya Majlis Tertinggi UMNO memutuskan untuk menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional yang dibentuk melalui plot Langkah Sheraton pada bulan Februari lalu.

“Semua percakapan menggunakan bahasa politik perdamaian dan perpaduan nasional tetapi tindakan yang dilihat menunjukkan tanda-tanda politik perpecahan dan polarisasi nasional.

“Nampaknya, nasihat YDPA kepada rakyat Malaysia untuk berhenti berpolitik dan menggugat kestabilan kerajaan sebaliknya melawan penularan Covid-19 tidak diendahkan.

“Nasihat Raja-Raja Melayu untuk menterjemahkan prinsip-prinsip raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen menjadi budaya pentadbiran untuk memastikan keadilan dan membendung sebarang penyalahgunaan kuasa tidak diendahkan,” tulisnya.

Baca selanjutnya https://malaysiagazette.com/2020/10/27/dap-juga-tak-ikut-nasihat-jangan-berpolitik/

Halus permainan Najib membuatkan kawan dan musuh jadi sawan buih seketika

 Politik ini mudah dengan kira-kira dan senang dengan pemahaman licik.

Kalau kita hanya membaca dari sudut drama Melayu jam 7 malam, nescaya anda akan terjerumus untuk terperangkap dengan halusnya emosi.


Berkenaan dengan cadangan Najib, memang tidak nafikan ramai melenting, ramai yang termasuk jarum dengan hidangan separuh-separuh supaya jentikan emosi itu mengalir laju sampai ke otak.

Itu bahayanya bila [email protected] gunakan lutut. Senang dan halus bila satu perkara berat diperbincangkan.

Kita kena tengok dari sudut lain, antaranya, perpecahan ketara PKR dan DAP, dan betapa gelojohnya DAP bila tahu kononnya UMNO nak bersama Anwar.

Silap-silap itu skrip yang DS Najib jaja dengan pemimpin UMNO lain supaya parti perosak lawan dan kawan masuk perangkap.

Apa perangkapnya? DAP kita memang nampak ketara dahagakan kuasa, dengan awal-awal kata sedia bekerjasama dengan Muhyiddin, namun syaratnya kena buang Azmin dan Hamzah.

Kita tengok pula pemimpin Amanah, punya gelojoh, katanya tunggu dipanggil bila-bila masa dan Bersedia nak jadi kerajaan balik, maknanya Bersedia dengan kerajaan Muhyiddin.

Amanah lupa agaknya, dalam Kerajaan PN ada PAS... Itu yang lucu tu. 😆😆😆

PKR sedang memerhati sahaja gelagat kedua parti gabungan PH itu.

Kesimpulannya PH sebenarnya diambang perpecahan ketara. Masing-masing tidak percaya antara satu sama lain.

Dalam Mesyuarat MT UMNO sudah setuju, tidak bersama Anwar dan DAP, malah tetap menyokong kerajaan PN.

Bila batu dibaling tepat kena kepala tiga musuh. Jangan terkejut musuh akan salahkan bath bukan kita.

Isnin, 26 Oktober 2020

'Kami bersedia, boleh panggil bila-bila masa sahaja' - Salahuddin Ayub

 KUALA LUMPUR: Kami bersedia untuk dipanggil dan berkhidmat untuk negara.

Itu kata Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Salahuddin Ayub yang menegaskan beliau dan blok pembangkang bersedia dipanggil Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membolehkan kata sepakat dicapai demi kebaikan rakyat.



"Kami bersikap objektif, jika ia demi rakyat dan negara, kami akan sokong. Untuk Belanjawan 2021 yang akan datang, memandangkan Yang di-Pertuan Agong mahu kerajaan ini berjalan dan belanjawan ini diluluskan, jadi panggil kami.

"Kami ada pasukan yang mampu menyalurkan buah fikiran dan idea terbaik. Kami bersedia pada bila-bila masa, panggil segera," katanya dalam temu bual bersama Astro AWANI, hari ini.

Ahli Parlimen Pulai itu juga berkongsi inisiatif yang akan dicadangkan kepada perdana menteri, antaranya membabitkan moratorium untuk peniaga kecil dan sederhana, serta kesaksamaan kepada semua Parlimen.

"Semua ahli Parlimen bertugas untuk rakyat. Kalau peruntukan diberi hanya untuk ahli Parlimen yang menyokong kerajaan, sedangkan belanjawan perlu dapat sokongan semua, seadilnya (peruntukan) diberi kepada semua ahli Parlimen," ujarnya.

Tambah Salahuddin, situasi yang berlaku kini memerlukan ahli politik keluar dari lingkungan biasa dan melaksanakan titah baginda Tuanku untuk fokus kepada rakyat.

https://www.astroawani.com/berita-politik/kami-bersedia-boleh-panggil-bilabila-masa-sahaja-salahuddin-ayub-265423

[Panas] Najib cadangkan supaya sokong Anwar Ibrahim menurut portal Malaysiakini

 Pertemuan ahli-hali parlimen BN di Kuala Lumpur petang tadi dikejutkan dengan cadangan bekas perdana menteri, Najib Razak, agar parti itu menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Cadangan itu dibuat Najib dengan alasan perlunya keseimbangan dalam jawatan dalam kerajaan kini.



Bagaimanapun menurut sumber cadangan dibawa ahli parlimen Pekan itu tidak dapat diterima sebahagian besar tokoh yang hadir.

Seorang ahli parlimen BN yang enggan didedahkan identitinya berkata, cadangan Najib itu tidak dapat diterima akal kerana mereka berpendapat, menyokong Anwar bermakna menerima DAP sebagai kerajaan.

Pertemuan ahli-hali parlimen BN di Kuala Lumpur petang tadi dikejutkan dengan cadangan bekas perdana menteri, Najib Razak, agar parti itu menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Cadangan itu dibuat Najib dengan alasan perlunya keseimbangan dalam jawatan dalam kerajaan kini.

Bagaimanapun menurut sumber cadangan dibawa ahli parlimen Pekan itu tidak dapat diterima sebahagian besar tokoh yang hadir.

Seorang ahli parlimen BN yang enggan didedahkan identitinya berkata, cadangan Najib itu tidak dapat diterima akal kerana mereka berpendapat, menyokong Anwar bermakna menerima DAP sebagai kerajaan.

https://www.malaysiakini.com/news/548190

Jika Muhyiddin mahu betulkan keadaan dan kekal PM, pecat Azmin, Hamzah kata Chin Tong

 KUALA LUMPUR – Seandainya Tan Sri Muhyiddin mahu terus menerajui negara sebagai Perdana Menteri dengan bekerjasama dengan semua pihak termasuk pembangkang ketika pandemik Covid-19, beliau perlu bertindak cepat.

Tindakan itu termasuk menggesa Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Seri Hamzah Zainuddin meletak jawatan kerana telah mengundang pelbagai ‘huru hara’ politik di negara ini.

Menerusi kenyataan di blognya, Pengerusi DAP Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negara, Liew Chin Tong mendakwa, dua pemimpin itu sebenarnya bertanggungjawab dengan apa yang berlaku kepada kerajaan Muhyiddin pada masa ini.


Malah tindak-tanduk serta nasihat mereka telah ‘mengganggu’ proses demokrasi berparlimen.

“Saya sudah cakap sejak sesi Parlimen pada 18 Mei lepas, Muhyiddin sepatutnya berhenti berharap dan percaya bulat-bulat kepada Hamzah dan Azmin.

Hamzah sendiri seperti tidak faham realiti politik sekarang, tidak lagi seperti dulu hanya ‘berasaskan kepada satu parti politik sahaja.

“Ingat lagi apa yang berlaku dengan UMNO sehingga kalah besar pada Mei 2018? Hamzah masih lagi cuba berusaha mengembalikan pemerintahan satu parti dengan anggapan Muhyiddin memiliki majoriti dua pertiga di Parlimen.

“Antara Mac sehingga Mei pula, Hamzah cuba membeli Ahli Parlimen dari pembangkang. Tidak ramai pun yang menerima pelawaan menyeberang dengan majoriti tipis itu, jangkaan kononnya ramai akan lompat sebenarnya sangat ‘bodoh’.

“Malah selama lebih setengah tahun, pencapaiannya hanya sekadar Ahli Parlimen Lubok Antu sahaja yang melompat ke sana. Kemudian campur tangan Hamzah di Sabah, kemenangan juga tidak seberapa.

“Langkah Sabah itu akhirnya telah menyebabkan UMNO dianaktiri sehingga Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi  berusaha untuk keluar dari Perikatan Nasional (PN).

“Mungkin satu-satunya kejayaan Muhyiddin di Sabah ialah melonjakkan kes positif Covid-19 di negeri itu,” tulis bekas Timbalan Menteri Pertahanan itu.

Sambung Chin Tong lagi, beliau mendapat tahu keputusan menggantung Parlimen dan darurat ini bukanlah sesuatu yang baharu beberapa hari berlaku.

Sebaliknya, kata beliau, dia tahu sejak beberapa minggu yang lepas.

“Saya ada juga terbaca kenyataan Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran yang mahu menggantung sesi Parlimen. Beliau mungkin telah di minta untuk ‘check waters’ terlebih dahulu dengan kenyataan tersebut.

“Tapi apa yang mengejutkan saya, Muhyiddin sebenarnya meneruskan juga ‘idea’ tersebut malah mempersembahkannya kepada Yang di-Pertuan Agong Jumaat lepas.

“Sebenarnya penilaian Muhyiddin sangat mengejutkan. Beliau terus membuat kesilapan demi kesilapan dengan keputusan mengejutkan darinya, bermula daripada membuang kerajaan Pakistan Harapan.

Baca selanjutnya https://malaysiagazette.com/2020/10/26/jika-pm-mahu-betulkan-keadaan-pecat-azmin-hamzah-chin-tong/

Ahad, 25 Oktober 2020

Mesyuarat PM bersama Menteri Besar, Ketua Menteri esok batal

 KUALA LUMPUR – Mesyuarat Perdana Menteri bersama Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri yang dijadual di Putrajaya esok dibatalkan.

Antara yang memaklumkan tentang pembatalan tersebut adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Ketua Menteri Sarawak, Menteri Besar Negeri Sembilan dan Menteri Besar Johor.


Bagaimanapun, mesyuarat khas Kabinet esok sehingga kini difahamkan masih diteruskan.

Mesyuarat dipercayai bagi membincangkan keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdulah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah menolak cadangan Jemaah Menteri yang diketuai Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya diisytiharkan darurat bagi memerangi pandemik Covid-19.

Muhyiddin bersama sekumpulan anggota Kabinet menghadap Seri Paduka Baginda Jumaat lalu mempersembahkan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri.

Berikutan daripada itu, baginda telah memanggil Raja-Raja Melayu untuk berbincang mengenai perkara tersebut hari ini di Istana Negara. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2020/10/25/mesyuarat-pm-bersama-menteri-besar-ketua-menteri-esok-batal/

[Sangat menggemparkan] Muhyiddin pertimbang letak jawatan?

 Esok Perdana Menteri akan berjumpa MB dan KM dalam mesyuarat tergempar, perjumpaan itu dikatakan adalah untuk perbincangan lanjut berkenaan isu panas iaitu Darurat Politik/Pendemik yang telah ditolak oleh Yang Di-Pertuan Agong.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/10/25/muhyiddin-jumpa-semua-mb-km-esok-menurut-laporan/

Adakah pertimbangan Muhyiddin untuk berjumpa dengan pemimpin tertinggi untuk menguatkan sokongan atau pertimbangkan letak jawatan sebagai Perdana Menteri?

Tiada siapa tahu, cuma tidak dinafikan kerajaan Perikatan Nasional sedang dalam keadaan dihujung tanduk kerana memungkin sokongan sudah tidak ada dikalangan Ahli Parlimen.

Kesimpulannya moga Malaysia tidak lagi didatangi konflik politik yang tiada kesudahan, rakyat sudah penat.


Menurut Suara TV 

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadagan kabinet untuk mengisytiharkan darurat.

Menurut sumber Muhyiddin mempertimbangkan peletakan jawatan dan mahu berbincang dengan anggota kabinet secara tidak rasmi.

Walaupun kenyataan Agong petang tadi jelas mahu semua ahli politik bekerjasama memulihkn negara ini, namun ia juga dilihat sebagai hilang kepercayaan Seri Padukq Baginda terhadap Perdana Menteri.

Dalam keadaan biasa, Perdana Menteri secara moral perlu mempertimbangkan untuk melepas jawatan.

https://suara.tv/25/10/2020/muhyiddin-pertimbang-letak-jawatan/

[Gempar] Muhyiddin jumpa semua MB, KM esok, menurut laporan

 PETALING JAYA: Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin akan mengadakan mesyuarat dengan semua menteri besar dan ketua menteri di Putrajaya pagi esok.

Menurut laporan The Malaysian Insight, satu mesej dihantar selepas raja-raja Melayu selesai mengadakan perbincangan khas di Istana Negara petang tadi.

Bagaimanapun, agenda mesyuarat itu dikatakan tidak didedahkan.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengesahkan kepada FMT, pertemuan dengan Muhyiddin itu akan bermula 9.30 pagi esok.



Chow bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini mengadakan perbincangan khas dengan raja-raja Melayu berhubung cadangan yang dikemukakan Muhyiddin Jumaat lalu.

Sultan Abdullah kemudiannya memutuskan tiada keperluan mengisytiharkan darurat di mana-mana bahagian di seluruh negara.

Agong berkata, Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 6 Nov ini amat penting kepada rakyat dalam menangani Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara dan mengingatkan ahli politik berhenti berpolitik bagi mengelakkan kestabilan negara terjejas.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/10/25/muhyiddin-jumpa-semua-mb-km-esok-menurut-laporan/

Yang Di -Pertuan Agong tolak cadangan Darurat

 Kuala Lumpur, – Majlis raja-Raja Melayu yang menolak cadangan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melaksana Darurat Perkara 150(1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan bagi tujuan memerangi ancaman wabak COVID-19 di negara.



Menurut kenyataan media Istana Negara,

KENYATAAN MEDIA ISTANA NEGARA

Adalah dimaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berkenan memperhalusi permohonan yang telah dipersembahkan oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di majlis menghadap di Istana Abdul Aziz, Kuantan, Pahang pada Jumaat lalu (23 Oktober, 2020).

Permohonan tersebut ialah pelaksanaan Darurat Perkara 150(1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan untuk memerangi ancaman wabak COVID-19 di negara ini.

Setelah memperhalusi permohonan dan berbincang dengan Raja-Raja Melayu dan melihat situasi yang sedang dihadapi oleh negara, Al-Sultan Abdullah merasakan Kerajaan sekarang telah berjaya menangani wabak ini dengan baik dan berkesan.

Seri Paduka Baginda amat mempercayai keupayaan Kerajaan di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung gejala wabak COVID-19 ini dari terus merebak.

Al-Sultan Abdullah berpendapat tiada keperluan buat masa ini untuk Seri Paduka Baginda mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia.


Kendatipun begitu, Seri Paduka Baginda ingin mengingatkan ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala politicking yang boleh menggangu kestabilan pemerintahan negara.

Al-Sultan Abdullah turut berpendapat bahawa tiada perlunya Ahli-ahli Parlimen meneruskan tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh mengganggu gugat kestabilan Kerajaan sedia ada.

Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa Belanjawan Negara 2021 yang akan dibentangkan di sidang Parlimen adalah amat penting kepada rakyat di dalam menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara. Justeru, peruntukan kewangan amat diperlukan oleh petugas barisan hadapan bagi melancarkan tugas

dan tanggungjawab mereka.

Sesungguhnya, Al-Sultan Abdullah amat prihatin terhadap kegelisahan seluruh rakyat ekoran daripada kenaikan mendadak beberapa kluster baharu dan kes positif harian COVID-19 di negara ini.

Al-Sultan Abdullah menzahirkan keyakinan bahawa dengan semangat perpaduan dan juang yang tinggi seperti yang telah pernah dipamerkan bersama, kita mampu sekali lagi berganding bahu memerangi gelombang ketiga penularan wabak ini.

Sehubungan dengan itu, Seri Paduka Baginda menyeru seluruh rakyat, tanpa mengira latar belakang dan khususnya fahaman politik, mengenepikan segala perbezaan dan perbalahan untuk bersatu padu dan bersatu hati memainkan peranan masing-masing dalam membantu Kerajaan dan pihak-pihak berkuasa membendung wabak COVID19 demi keselamatan diri dan kesejahteraan negara yang kita cintai bersama ini.

Al-Sultan Abdullah turut mengambil kesempatan ini mengajak seluruh rakyat untuk bersama Seri Paduka Baginda berdoa semoga wabak COVID-19 ini dapat dibanteras dengan berkesan dan diakhiri dengan segera.

https://suara.tv/25/10/2020/majlis-raja-raja-tolak-darurat/




Anwar Ibrahim pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia - Kaji selidik IDE

 Hasil dapatan juga mendapati 77.39 peratus (39,587 responden) menolak darurat.

Spekulasi Pengisytiharan Darurat menimbulkan reaksi pelbagai dalam kalangan rakyat berkenaan ura-ura perintah yang dikatakan dicadangkan Kabinet dalam mesyuarat khas Jumaat lalu.


Namun, kaji selidik oleh Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati, pilihan yang terbaik untuk Malaysia ketika ini adalah melantik Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

"Sebanyak 49.80 peratus (25,469) responden menyatakan sokongan supaya Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri manakala 32.49 peratus (16,617 responden) mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai Perdana Menteri," kata badan pemikir itu dalam kenyataan hari ini.

Dapatan tersebut diperoleh menerusi pungutan pendapat bertajuk 'Rakyat Malaysia Bersuara' yang dijalankan IDE secara elektronik bermula jam 4 petang 24 Oktober, 2020, hingga 12 tengah malam tadi.

Tinjauan tersebut dilakukan menerusi medium sebaran WhatsApp, Twitter, Facebook, emel, laman sesawang dan Telegram yang dihubungkan kepada Sistem E-Survei IDE.

Hasil kaji selidik juga mendapati, 77.39 peratus (39,587 responden) menolak darurat, dan ini konsisten dengan kegusaran yang dilontarkan pemerhati politik.

Baca selanjutnya https://www.astroawani.com/berita-malaysia/anwar-ibrahim-pilihan-terbaik-untuk-rakyat-malaysia-kaji-selidik-ide-265181

Sabtu, 24 Oktober 2020

Darurat hanya beri lebih kuasa kepada Muhyiddin – Tun M

 KUALA LUMPUR – Segala tindakan yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selama ini tidak dapat mengurangkan masalah politik, ekonomi dan sosial di negara ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, langkah mewujudkan darurat di negara ini hanya akan menambahkan kuasa seorang Perdana Menteri.

“Isu Covid-19 telah digunakan untuk menangguhkan sidang Parlimen, pendekkan dan mengelak daripada sebarang perdebatan.



“Sekarang ia digunakan untuk membenarkan darurat berlaku. Tetapi kuasa dan pemerintah pada hari ini sudah cukup untuk menangani wabak tersebut.

Mahathir berkata demikian mengulas mengenai Mesyuarat khas Kabinet yang berlangsung kira-kira tiga jam di Perdana Putra dikatakan membuat keputusan untuk menggantung sidang Parlimen yang dijadual pada 2 November ini bagi membolehkan usaha menangani pandemik Covid-19 dilaksanakan sepenuhnya.

Langkah bersifat darurat itu diputuskan berikutan peningkatan mendadak kes baharu Covid-19 yang sehingga semalam masih melebih paras 800 kes, malah setiap hari ada sahaja kluster baharu dikenal pasti.

Hari ini, Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyatakan Istana Negara akan mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu bagi membincang dan memperhalusi cadangan dikemukakan Muhyiddin.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata, sekiranya darurat ini tetap dilaksanakan, ia akan memberi kesan kepada pasaran saham Malaysia dan ekonomi negara.

Malah katanya pasaran saham negara akan merudum kerana pelaksanaan darurat oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Para pelabur tidak percaya Perdana Menteri dapat menguruskan ekonomi negara. Dia mengacau-bilau keadaan Covid-19 dengan cuba merebut Kerajaan Sabah. Lonjakan kes positif Covid-19 sekarang disebabkan sepenuhnya oleh Pilihan Raya Negeri Sabah.

“Disebabkan itu, kerajaan Sabah telah diubah. Apa kebaikan yang dibawa ke Sabah.

“Negara-negara dengan masalah Covid-19 yang lebih parah belum mengisytiharkan darurat untuk seluruh negara tetapi hanya untuk kawasan yang terjejas,” katanya. – MalaysiaGazette

Darurat jalan terbaik bendung Covid-19, tangani gegak-gempita politik

 KUALA LUMPUR – Majoriti tipis, undi tidak percaya dan kekalutan pembentangan Bajet 2021 yang bakal dihadapi oleh kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta ditambah cabaran getir penularan wabak getir Covid-19 menjadi faktor-faktor yang mendorong kepada cadangan mengisytiharkan darurat.

Ini kerana, keadaan-keadaan tersebut telah mengundang kekeliruan yang berpotensi menimbulkan kekacauan awam.



Lantaran itu, Prof Ulung, Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berkata, jika benar kerajaan bercadang untuk mengisytiharkan darurat, ia adalah jalan terbaik dalam usaha mententeramkan keadaan rakyat yang bimbang dan gusar dengan penularan pandemik itu.

“Jadi, kalau kerajaan mengutamakan rakyat, darurat adalah penyelesaian paling sesuai untuk mententeramkan keadaan,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika ditanya mengenai ura-ura kerajaan mahu mengisytiharkan darurat.

Ditanya mengenai kritikan ahli-ahli politik yang menyifatkan cadangan kerajaan ini adalah alasan dangkal yang tidak dapat meyakinkan rakyat, Dr Shamsul Amri menambah, kalau kita fikirkan politik, sudah pasti yang sinis akan menyatakan darurat ini akan menguntungkan Perikatan Nasional.

”Sayangnya fikiran ahli-ahli politik ini langsung tidak memberi pertimbangkan keadaan rakyat, tetapi lebih memberi keuntungan peribadi dan kuasa ahli-ahli politik.

‘Sedangkan, kalau pemimpin politik mengutamakan rakyat, maka darurat paling sesuai demi mententeramkan keadaan,” tegasnya.

Ujar beliau lagi, dari segi politik memang secara kebetulan kedudukan kerajaan di Parlimen seperti telur dihujung tanduk.

”Majoriti tipis. Bajet 2021 harus dibentang pada 6 November, dengan cabaran undi tidak percaya. Suasana politik suspen ini juga kalau digabung dengan Covid-19 boleh menyebabkan kekacauan awam.

”Tambahan pula Pilihan Raya Kecil Batu Sapi mesti diadakan Disember ini dan Pilihan Raya Sarawak selewa-lewatnya Jun 2021.

”Berasaskan pengalaman di Sabah sebarang perhimpunan besar dan pergerakan besar-besaran rakyat, seperti mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 kalau diadakan, memudahkan Covid-19 memuncak dan boleh menggugatkan keselamatan rakyat.

“Maka daruratlah boleh menyelesaikan kedua-dua situasi ini,” katanya. – MalaysiaGazette

Jumaat, 23 Oktober 2020

Darurat, keputusan pendek akal dan penting diri kata Anwar

 KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pengisytiharan darurat sebagai suatu keputusan yang pendek akal dan penting diri.

Katanya,hari ini kita sedang menyaksikan babak sejarah yang tidak pernah berlaku sebelumnya yakni mempunyai sebuah kerajaan yang bergelut dengan persoalan keabsahan, dan sedang menggunakan wabak Covid-19 yang memungkinkan penyalahgunaan kuasa.



“Saya mengikuti rapat laporan-laporan yang mengandaikan bahawa kerajaan sedang mempertimbang untuk melaksanakan langkah darurat bagi menyekat proses Parlimen.

“Pengisytiharan darurat hanya dilakukan bilamana terdapat unsur ancaman pada keselamatan negara. Tetapi apabila kerajaan itu sendiri yang menjadi punca pada ancaman keselamatan, maka langkah darurat ternyata suatu langkah kebelakang yang akan memungkin kediktatoran.

“Hal demikian, saya menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menimbang semula keputusan ini kerana ia ternyata suatu keputusan yang pendek akal dan penting diri,” katanya.

Presiden PKR itu menyatakan, dengan langkah ini, maka kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang tidak ada keabsahan ini telah menonjolkan kelemahan mereka dalam menangani wabak Covid-19 dan kemelut ekonomi yang kita hadapi sekarang.

“Negara-negara di rantau ini sedang memikirkan pelbagai cara bagi menangani wabak dan benarkan aktiviti ekonomi untuk bergerak, namun Malaysia sedang bergerak kebelakang.

“Kita masih belum mengetahui apa strategi kerajaan dalam mengemudi krisis ini, tetapi apa yang terpamer adalah pemerintah merasakan strategi ampuh untuk melawan dampak wabak adalah dengan melemahkan demokrasi.

“Apa yang kita perlukan dalam mendepani wabak Covid-19 adalah ketelusan, kebertanggungjawaban dan dasar yang jelas oleh pelbagai kementerian.

Menurut Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, pemerintah telah gagal menonjolkan kepimpinan yang berkualiti saat wabak, malah telah mengambil langkah yang mencurangi demokrasi untuk terus berkuasa.

https://suara.tv/23/10/2020/darurat-keputusan-pendek-akal-dan-penting-diri-anwar/

PM menghadap Agong di Istana Abdulaziz

 KUANTAN – Perdana Menteri Tan Sri Muhyidddin Yassin tiba di Istana Abdulaziz  di sini hari ini, bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.


Foto - Bernama

Kenderaan yang membawa Perdana Menteri dilihat memasuki pagar Istana Abdulaziz pada kira-kira 4.40 petang, diiringi pasukan keselamatan dan sejumlah kenderaan rasmi kerajaan negeri Pahang.

Turut kelihatan memasuki Istana Abdulaziz ialah kenderaan rasmi Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jen Tan Sri Affendi Buang.

Pengamal media mula berkumpul di laluan masuk ke istana itu seawal 2.30 petang, selepas ura-ura Perdana Menteri akan menghadap Seri Paduka mula tersebar sejak tengah hari tadi.

Muhyiddin terdahulu mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Perdana Putra, Putrajaya pagi tadi, dipercayai bagi membincangkan isu-isu semasa.

Turut dilihat memasuki Perdana Putra ialah kenderaan yang membawa menteri-menteri Kabinet dan PAT Affendi Buang.

— BERNAMA

Kabinet setuju darurat, PM dijangka mengadap Agong menurut portal Malaysiakini

 Kabinet bersetuju dengan pelaksaan darurat bagi menangani penularan Covid-19.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas hari ini yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Putrajaya.



“Tunggu pengumuman,” kata seorang menteri yang enggan namanya didedahkan ketika dihubungi Malaysiakini.

Langkah itu diambil susulan ketidaktentuan berterusan dalam negara dan ketika Muhyiddin berdepan desakan daripada luar dan dalam.

Sementara itu, memetik sumber, The Malaysian Insight melaporkan perkataan “darurat” itu harus dipakejkan semula supaya tidak mencetuskan rasa panik di kalangan rakyat.

“Mereka tak akan panggil darurat, tetapi nama baru lain. Sesuatu yang berkaitan dengan Covid-19,” menurut sumber itu.

Malaysiakini difahamkan Muhyiddin dijangka mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan perkenan baginda.

Bagaimanapun, perkara ini masih tidak dapat disahkan

https://www.malaysiakini.com/news/547792

Kes Covid-19 di Sabah naik, Warisan buat apa? soal Najib

 PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan tindakan pemimpin Warisan termasuk presiden Shafie Apdal yang masih membisu walaupun jumlah jangkitan Covid-19 di Sabah meningkat mendadak termasuk membabitkan kawasan Lahad Datu, Semporna, Tawau dan Kunak yang dikuasai parti itu.


“Pemimpin-pemimpin Warisan terus berdiam diri berhubung Covid selepas Pilihan Raya Negeri (PRN). Mohamaddin Ketapi sudah nyahaktif Facebook, manakala Shafie hanya membuat 4 posting sejak PRN, 1 untuk ucap terima kasih pada pengundi, 1 untuk ucap ‘Happy Mooncake’ festival, 1 ucapan takziah kepada VK Liew dan 1 untuk video promosikan diri,” kata Najib.

Najib turut membangkitkan semula kenyataan dikeluarkan pemimpin Warisan dipercayai dituju kepada Mohamaddin yang memaklumkan Covid-19 di Sabah hanya wayang ketika kempen PRN Sabah.

“Tidak boleh dinafikan bahawa mereka (pemimpin Warisan) adalah pemimpin komuniti dari 4 daerah ini,” katanya.

Beliau berkata, pemimpin Warisan sepatutnya bekerjasama membantu kerajaan mendidik masyarakat tempatan membendung penularan Covid-19.

“Saya harap pemimpin-pemimpin ini bekerjasama dengan kerajaan untuk bantu usaha mendidik penduduk tempatan dan membendung Covid di sana. Jangan tahu membisu sahaja sambil mengutip gaji ahli Parlimen dan Adun,” katanya.

Sehingga kini Sabah mencatatkan 9,868 jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 dengan 6,577 kes aktif.

Daripada jumlah itu, Kota Kinabalu mencatatkan kes aktif paling tinggi iaitu 1,582, diikuti Semporna (971), Tawau (962), Sandakan (747), Lahad Datu (558).

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/10/23/kes-covid-19-di-sabah-naik-warisan-buat-apa-soal-najib/

Mesyuarat Kabinet cadang bubar, gantung Parlimen?

 CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan ‘Darurat Politik‘ kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi ketidakstabilan politik dan mengelak lebih banyak konflik dalam sidang Parlimen akan datang.

Dalam keadaan kerajaan hanya mempunyai 113 sokongan ahli Dewan Rakyat, kedudukan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan sentiasa menjadi bahan pertaruhan ahli politik lain.

Kabinet dikatakan menyaran supaya Muhyiddin mempersembahkan cadangan ini untuk pertimbangan Yang Di-Pertuan Agong.


Berdasarkan keadaan pandemik Covid-19 yang menular sekarang, kabinet dikatakan turut berbincang mengenai kemungkinan Tuanku mempertimbangkan cadangan menggantung Parlimen dan menjalankan ‘darurat pentadbiran’ selama 6 bulan sebelum pilihan raya umum diadakan.

Kehadiran Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Affendi Buang, dalam mesyuarat khas kabinet hari ini dikatakan bagi mendapat maklum balas mengenai kemungkinan darurat pentadbiran.

Ini menguatkan lagi andaian Tuanku Agong akan mempertimbangkan darurat sebagai satu langkah sementara menstabilkan politik negara.

Jika ini berlaku Tuanku Agong akan mengambil alih pentadbiran negara dengan nasihat kabinet darurat.Ia boleh jadi kabinet sedia ada atau kabinet baharu.

Pengisytiharan darurat ini membolehkan kerajaan melakukan perbelanjaan kecemasan tanpa perlu kelulusan Parlimen.

Kerajaan sedia ada dikatakan percaya Belanjawan 2021 yang bakal dibentang November ini tidak akan lulus akibat kekurangan sokongan majoriti.

Dalam masa yang sama darurat politik ini tidak membabitkan pemerintahan Angkatan Tentera Malaysia seperti darurat keselamatan. -SuaraTV

Khamis, 22 Oktober 2020

Lucu juga bila DAP, PKR dan Amanah beriya ambil berat dengan UMNO

 Kadang-kadang politik yang terlampau bawa ke minda separuh sedar boleh buat keadaan bertambah lucu dan nampak keadaan pemimpin pembangkang terutama PKR, DAP dan Amanah beriya-riya supaya UMNO bersama dengan mereka.


Apa mereka sudah gila atau sewel? Sebelum ini mencaci bagai halilintar terhadap UMNO sampai segala apa bentuk sekalipun semuanya dituju kepada UMNO.

Kali ini kita telitikan bagaimana seni dalam politik itu berlegar-legar supaya musuh terjerat dan berkhayal. Kita lihat bagaimana permainan Zahid Hamidi dalam mengusarkan Bersatu dan memeningkan Pakatan Harapan.

Malah kumpulan pro Mahathir juga seorang darinya iaitu Maszlee sudah menyokong Anwar pula. Licik politik yang dikalangan rakan dan lawan sukar membaca.

Kita ambil contoh, bila UMNO mengatakan dia menarik sokongan terhadap PN, malah kalau ditarik sokongan terhadap PN, maka jatuhlah kerajaan Muhyiddin, sedangkan sebelum itu Anwar Ibrahim sangat yakin dengan nombornya, alih-alih, nombor sokongan MP PKR seramai 38 orang tu yang menyokong dia menerajui PKR.

https://www.malaysiakini.com/news/546443

Paling kritikal, Mujahid yang digelar kekanda, boleh pula memujuk UMNO supaya sokonglah Anwar, anggap UMNO telah dianiaya oleh PN.

https://suaramerdeka.com.my/mujahid-pujuk-umno-bentuk-kerajaan-bersama-anwar/

Tu belum Khalid Samad yang digelar Lid, boleh pula katanya DAP tiada masalah bekerjasama dengan UMNO.

https://www.utusan.com.my/nasional/politik/2020/10/dap-tiada-masalah-kerjasama-dengan-umno/

Serius kelakar seram ahli politik yang tidak hanya fikirkan kuasa, kali ini Lim Kit Siang pula berkhayal, kata dia, soalkan mengapa Zahid masih sokong PN? 

https://suaramerdeka.com.my/kit-siang-persoal-mengapa-ahmad-zahid-sokong-pn/

Anda nampak tidak permainan ini? UMNO sedang mengajar kawan dan lawan, kuasa yang ada kalau salah letak catur, jahanam jadinya, yang nak balik kuasa, kalau dulu beriya anti kepada UMNO, ehh sekarang boleh pula ajak berkawan.

Lucu bukan?


Daftar MN kepada RoS tunjuk komitmen UMNO-PAS bela agama, bangsa dan negara

 KUALA LUMPUR – Langkah UMNO dan Pas yang memutuskan untuk terus mengukuhkan Muafakat Nasional (MN) dengan mendaftarkan gabungan itu secara rasmi kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan (RoS) jelas mencerminkan komitmen kedua-dua parti dalam memartabatkan perjuangan membela agama, bangsa dan negara.

Pengerusi Sidang Assabiqun Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, apa yang dilakukan oleh kedua-dua parti sememangnya termeterai dalam piagam MN.

“Sidang Assabiqun Pas yakin dan percaya dengan keputusan yang dicapai bersama itu membuktikan kepada musuh politik bahawa mereka tidak akan berjaya untuk memecah belahkan perpaduan antara UMNO dan Pas,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mahfodz berkata, dalam masa sama kedua-dua parti akan terus berta’awun lebih akrab lagi demi mengukuhkan ukhuwah Islamiyah dan memantapkan jentera pilihan raya.

“Semoga MN dan kumpulan yang sealiran dengannya dapat mencapai kejayaan dalam PRU15 akan datang,” ujarnya. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2020/10/21/daftar-mn-kepada-ros-tunjuk-komitmen-umno-pas-bela-agama-bangsa-dan-negara/

PKR akan terus usaha kembalikan mandat rakyat – Saifuddin

 KUALA LUMPUR- PKR menghormati kenyataan yang telah dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengumumkan gencatan politik.

Namun Setiausah Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya tetap akan meneruskan usaha mengembalikan mandat rakyat bersama ahli-ahli Parlimen yang bersama mereka.

“Pada masa yang sama, kami akan mengekalkan usaha ke arah mengembalikan mandat rakyat dengan kebersamaan ahli-ahli Parlimen yang mendokong cita-cita dan harapan yang sama, iaitu untuk memperbetul halatuju kepimpinan negara terutama dalam usaha memerangi wabak Covid-19, menyuntik semangat dan membangun semula ekonomi, serta melipat gandakan usaha menyelesaikan masalah rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid hari ini menyatakan keputusan partinya untuk gencatan politik dan menyokong usaha kerajaan Perikatan Nasional menangani Covid-19 dan masalah ekonomi melanda rakyat.

Sebelum itu tular surat yang Ahmad Zahid dan Datuk Seri Najib Razak kononnya menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Namun ia dinafikan oleh Ibupejabat UMNO Pusat yang mengatakan ia palsu kerana tidak mempunyai nombor rujukan.- MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2020/10/21/pkr-akan-terus-usaha-kembalikan-mandat-rakyat-saifuddin/

Rabu, 21 Oktober 2020

PCM kecam Ronnie Liu hina Raja-Raja Melayu

 KUALA LUMPUR – Parti Cinta Malaysia (PCM) mengecam tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek dari DAP mempersoalkan sistem Raja-Raja Melayu negara ini dengan sistem beraja di negara Thailand.

Presidennya, Huan Cheng Guan berkata, apa motif dan mesej yang hendak disampaikan kepada umum oleh pemimpin DAP itu dengan mempersoalkan institusi diraja dari dua negara berkenaan.

“Apa mesej yang anda cuba hantarkan, Ronnie Liu?


“Yang di-Pertuan Agong kami menjaga rakyat dan kasihnya kepada rakyat tidak berbelah bahagi,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Beliau berkata demikian berhubung hantaran Facebook Ronnie Liu yang membuat posting, “Sekarang di Bangkok. Mereka (rakyat Thailand) mengatakan tidak kepada raja”, dengan memaparkan tiga keping gambar demonstrasi yang dianjurkan oleh rakyat negara itu.

Bagaimanapun, Ronnie memadamkan status berkenaan, tetapi sempat ditangkap layer oleh netizen dan memviralkan posting berkenaan di media sosial sehingga mendapat perhatian pelbagai pihak.

Menurut Cheng Guan, Yang di-Pertuan Agong banyak menghabiskan masa dalam menitikberatkan masalah negara dan rakyat, bukan seperti pemimpin DAP apabila berada di luar negara, terus mengkritik kerajaan sendiri.

Sementara itu, sebuah NGO, Armada Malaiyu Malaysia membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, semalam minta pihak berkuasa menyiasat pemimpin DAP itu yang dianggap biadab apabila menghina institusi diraja ketika berada di luar negara.

Setiausaha Agungnya, Nazri Che Arr meminta polis mengekstradisi ADUN Sungai Pelek itu yang dipercayai masih berada di Thailand selepas mengeluarkan kenyataan menghina Raja-Raja Melayu. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2020/10/21/pcm-kecam-ronnie-liu-hina-raja-raja-melayu/

Malu! Sekali video Timbalan Menteri tertidur masuk berita Turki tu...

 Rakaman video yang menunjukkan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith tertidur ketika di satu majlis konvokesyen baru-ba...