Jumaat, 16 Oktober 2020

Ada MP PKR akan keluar parti kerana Anwar menipu berkenaan jumlah nombor MP menyokongnya?

Tidak diketahui sebab apa keluarnya laporan mengatakan akan ada beberapa ahli Parlimen PKR keluar parti kerana Anwar 'dimalukan Istana'. Amat janggal laporan dari portal Malaysia Now yang mungkin hanya untuk menyahut persepsi kerana Anwar Ibrahim sudah kantoi dengan hanya memberi nombor MP sahaja kepada Agong, namun tidak nama-nama MP yang menyokongnnya.

Menurut Malaysia Now

PKR mungkin menerima gelombang kedua kehilangan ahli Parlimennya berikutan apa yang disifatkan seorang penganalisis sebagai satu kenyataan “mengaibkan” dari Istana Negara yang menolak dakwaan Anwar Ibrahim selepas mendapat perkenan mengadap Agong semalam, kata sumber kepada MalaysiaNow.

Sekurang-kurangnya empat ahli Parlimen dijangka keluar parti, dengan dua daripada mereka memberitahu MalaysiaNow mereka malu dengan “drama” di luar istana yang menjadi perhatian media selepas Anwar menghebahkan tentang pertemuannya dengan Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

“Ada dalam kalangan kami diberi tekanan agar keluar parti, dan kenyataan istana hanya beberapa minit selepas sidang media Anwar semalam kelihatan seperti langkah terakhirnya,” kata seorang ahli Parlimen PKR.

Sebenarnya tidak perlu kaitkan perkataan Istana memalukan Anwar, sebenarnya Anwar sendiri yang memalukan dirinya, kalau benar ada nombor sekalipun, Anwar tidak sepatutnya yakinkan ahli parti dan pemimpin yang rasa dia bercakap benar berkenaan nombor MP menyokongnya.

Teori demi teori dikeluarkan penganalisis sehingga keadaan politik semasa ternganggu kerana tindakan Anwar ini, sudahlah wabak Covid19 sedang merebak kembali di Malaysia.

Apa tidak boleh tunggu sehingga keadaan terkawal, bila vaksin sudah ada, pada masa itu, nak berpolitik macamana sekalipun rasanya rakyat tidak kisah.

Ketika itu, timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali mengetuai satu kumpulan ahli Parlimen mengisytiharkan diri mereka menjadi wakil rakyat bebas, dengan sebahagian besar kemudiannya menyertai Bersatu untuk menambah jumlah kerusi Muhyiddin di Parlimen.

“Kali ini, ia mungkin berempat, dengan dua daripada mereka dilihat tidak tahan menerima tekanan memalukan petang semalam,” kata pembantu rapat kepada seorang pemimpin kanan PKR kepada MalaysiaNow malam tadi.

Ahli Parlimen yang mewakili kawasan penting di Lembah Klang itu berkata, Anwar memberikan gambaran “penuh yakin” mengenai rancangannya Jumaat lalu semasa mesyuarat bersama wakil rakyat PKR - Malaysia Now

Jadi kesimpulannya memang amat lucu kalau ada MP PKR keluar parti kerana alasan Anwar dimalukan? Lekehnya alasan seorang ahli politik kalau sebegitu.

Baca sumber berita https://www.malaysianow.com/berita/2020/10/14/beberapa-ahli-parlimen-pkr-bakal-keluar-parti-selepas-anwar-dimalukan-istana/

.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Muhyiddin sudah jadi seorang diktator dakwa Tun M

 KUALA LUMPUR Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin seorang diktator. Menur...