Jumaat, 30 Oktober 2020

Bagaimana menggunakan seni politik mengecilkan musuh yang ramai?

 Kita sedia tahu, kerajaan Perikatan Nasional ini wujud kerana PPBM keluar dari Pakatan Harapan, Perdana Menteri ketika itu Tun Mahathir meletak jawatan tanpa berbincang dengan sekutu parti.

Kalaulah kita tahu serba sedikit tentang mengapa Pakatan Harapan ini perlu diruntuhkan? Hairan juga sebab sudah menang bersama-sama dalam gabungan PH, musuh utama PPBM pada PRU14 memang nyata adalah Najib dan UMNO.

Gambar sekadar hiasan

Tidak pelikkah kita dengan tiba-tiba mereka boleh keluar gabungan dan ingin membuat gabungan baharu yang katanya tiada DAP.

Ok kita undur balik kejadian-kejadian untuk sangat menjadi untung walau dalam kelompok kecil, anda fikir sejenak. Dalam pertembungan PPBM/PH ketika mereka kerajaan dalam PRK-PRK yang telah diadakan, kesimpulannya mereka telah mengalami kekalahan sangat teruk, terutama PPBM.

7 PRK, kena KO dengan BN/UMNO/MN, bantuan PAS dalam Muafakat Nasional pula membentuk gabungan paling utuh untuk sokongan orang Melayu sebelum runtuhnya Pakatan Harapan berkuasa di Putrajaya.

Mengapa PPBM tarik brek tangan untuk menyokong DAP? Alasan sebab DAP tidak boleh dibuat kawan, mereka tahu, kalaulah mereka masih setia dengan Pakatan Harapan, dengan kecaman rakyat terhadap Menteri PH, kecaman terhadap Tun Mahathir yang menjadi Perdana Menteri kononnya selamatkan Malaysia.

Maka kalau berlaku PRU15 pada 2022 atau 2023, percayalah habis lunyai dibawa angin dan boleh buat Pakatan Harapan hanya tinggal nama selepas itu.

Mood rakyat ketika itu memang sangat membenci Pakatan Harapan.

Namun, pada Februari, langkah Sheraton namanya, membuatkan Pakatan Harapan runtuh, dan wujudnya Perikatan Nasional bersama UMNO dan PAS serta kepalanya adalah PPBM.

Tidak mahu menulis panjang, anda sebagai pemikir yang hebat, anda tahu bukan mengapa PPBM lakukan perkara ini?

Matlamat mereka adalah untuk selamatkan imej mereka sahaja dimata orang Melayu, yang lain ingin memecahkan Muafakat Nasional, anda nampak bukan keadaannya sekarang?

Malah strategi parti kecil itu telah nampak hasilnya dengan pergolakan UMNO, yang pro kepada PN bertelagah di medsos tanpa henti dengan pro kepada Najib Razak (ketika ini).

Malah tidak lupa juga laga-lagakan UMNO dan PAS sehingga masing-masing hilang kepercayaan antara satu sama lain.

Percayalah jalan cerita terancangan ini dikepalai oleh 'Grand Master' yang licik, cukup halus permainannya, sehingga semua nampak si ular lidi ingin membaham si ular sawa.

Malah si ular lidi dibantu pula oleh saki baki pengikut si ular sawa yang kenyang dengan habuan yang telah diberi.

Jadi kesimpulannya, memang hebat pemikir ulung seni politik yang telah porak perandakan UMNO dan sekutunya yang lain.

Berimiginasi tidak salah, yang salah adalah khianat. Sekian

En Tulis

Tiada ulasan:

Catat Komen

Pas, UMNO dan Bersatu memerlukan antara satu sama lain

 Pas, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memerlukan antara satu sama lain. Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah...