Isnin, 19 Oktober 2020

[Bahang dirasai] Pas, UMNO mesyuarat malam ini

 KUALA LUMPUR – Dua parti majoriti Melayu, Pas dan UMNO akan mengadakan mesyuarat malam ini.

Mesyuarat Muafakat Nasional antara kedua-dua parti itu dipercayai akan membincangkan mengenai hala tuju kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Sebelum ini, Setiausaha Agung Bersama Sekretariat Muafakat Nasional (MN) Tan Sri Annuar Musa mesyuarat MN yang terdiri daripada UMNO dan Pas itu akan diadakan dalam semangat kekeluargaan.



Terbaharu, menerusi ciapan di Twitter, Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, UMNO dan rakan kerjasamanya akan memastikan hubungan kerjasama antara mereka akan lebih kuat dan padu.

“Dengan izin Allah, UMNO dan parti parti sahabat bakal muncul lebih padu lebih kuat selepas ini.

“Kita berusaha siang dan malam tanpa putus asa kukuhkan solidariti. Sikap matang para pimpinan mengkagumkan,” katanya di Twitter hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, UMNO akan kekal dalam kerjasama MN.

“UMNO tolak kerjasama dgn DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“UMNO kekal dlm #MuafakatNasional #MN. MP UMNO & #BN yang sokong #PN ada 43 MP,”  katanya lagi.

Minggu lalu, UMNO menegaskan pihaknya mahu meletakkan syarat baharu untuk meneruskan kerjasama politik dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Perkara itu diputuskan melalui Mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Malah parti itu membuat pertimbangan untuk menarik diri daripada menyokong PN sekiranya syarat itu dipenuhi. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2020/10/19/pas-umno-mesyuarat-malam-ini/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Terbaru! DAP namakan Adly calon Ketua Menteri Melaka

 Nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil, Adly Zahari diumumkan akan kembali menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka seandainya Pak...