Selasa, 20 Oktober 2020

UMNO guna ilmu perang China hancurkan DAP kata Howard Lee

 Sebenarnya apa yang pemuda DAP ni katakan dengan menerangkan panjang lebar berkenaan strategi seni Perang apa bagai adalah untuk memberitahu juga, DAP adalah pengamal strategi politik sebegitu.

Sengaja nak mengalih tumpuan keadaan semasa dengan tuduh kononnya UMNO sedang merosakkan DAP, sedangkan bila mengundi, DAP juga menjadi pilihan orang Cina, 95% orang Cina menyokong DAP itu adalah fakta.

Jadi ke mana cerita DAP ini adalah parti yang sentiasa membawa perubahan untuk perpaduan kaum di negara ini?

Cakap pusing-pusing akhirnya yang nyata DAP sebenarnya yang mengamalkan strategi Perang kuno Negara China itu. Sembang....



KETUA Pemuda DAP (DAPSY) Howard Lee mendakwa UMNO dan Bersatu menggunakan ilmu perang China dari kitab kuno ’36 Strategi’ untuk menghancurkan DAP.

Menurut Howard, sebagai bekas Exco Kerajaan Negeri Perak beliau telah saksikan dengan matanya sendiri kehebatan berpolitik para politikus UMNO.

“Walaupun UMNO dan Bersatu dilihat kononnya bertelagah, amalan politik mereka tidak berbeza. Matlamat menghalalkan cara. Malah, kitab kuno China boleh diputarbelitkan demi mencapai cita-cita kegilaan kuasa mereka.

“Untuk membuktikan kerakusan mereka dengan kuasa dan kedudukan, izinkan saya memetik bab pertama kitab ini yang berjudul “Strategi Memenangi Perang” bagi mendedahkan sikap, amalan dan konspirasi mereka,” kata Howard.

Dalam tulisan di Blognya, Howard hanya berkongsi enam daripada 36 strategi yang didakwa diambil UMNO dari kitab kuno ilmu perang China ’36 Strategi’ untuk menghancurkan DAP.

Antaranya penggunaan Strategi 2: Kepung Wei untuk menyelamatkan Zhao.

Strategi ini menyatakan; sekiranya musuh lebih kuat daripada anda, seranglah sesuatu atau seseorang yang mereka sayangi atau yang bernilai bagi mereka. Bagi melemahkan semangat musuh, sambil mencari celah kelemahannya, anda mungkin dapat mencapai matlamat.

“Seramai 12 orang rakyat Malaysia (antaranya dua orang wakil rakyat DAP dan seorang yang menjawat EXCO kerajaan Negeri), semasa Pakatan Harapan masih memerintah, telah ditahan tanpa bicara di bawah SOSMA selama hampir empat bulan, dengan dakwaan bahawa mereka menyokong dan terlibat dengan kumpulan pengganas LTTE.

“Sepanjang masa kes itu diusahakan penyelesaiannya, Muhyiddin Yassin, selaku Menteri bertanggung jawab, mempersembahkan lakonan yang betapa hebatnya dalam memberi gambaran bahawa beliau tidak sama sekali menyalahkan DAP. Padahal, di sebalik tabir, dia telah memberitahu kawan dan lawan bahawa pihak polis mempunyai bukti yang kukuh bahawa kesemua dua belas yang ditahan adalah sememangnya penaja pengganas.

“Ia nampak jelas sekarang, bahawa keputusan untuk mendakwa dan menahan tidak lain dan tidak bukan adalah untuk melemahkan semangat DAP, supaya kami terpaksa menumpukan semangat, masa dan tenaga untuk menyelamatkan saudara-saudara kami yang teraniaya,” kata Howard.

Katanya, UMNO juga menggunakan Strategi 3: Membunuh dengan pisau pinjaman.

Strategi ini menggunakan kekuatan pihak lain ataupun menghasut sekutu musuh yang kecewa untuk mengkhianat musuh.

“Isu pelaksanaan pengajaran Jawi kepada semua murid darjah empat sebenarnya telah pun diputuskan oleh MCA dan BN sewaktu mereka masih kerajaan pada tahun 2015. Dengan bantuan daripada akhbar Sinchew yang menerbitkan berita putar-belit dengan menuduh kerajaan Pakatan Harapan memaksa Bahasa Jawi kepada semua murid, ia telah mencetuskan satu reaksi yang negatif dalam kalangan rakyat bukan Melayu.

“UMNO, Bersatu, PAS dan MCA terus mengambil kesempatan untuk menyerang dan menikam DAP dengan tuduhan rasis, memperlekeh bahasa kebangsaan, dan menghina sejarah Melayu sedangkan MCA sebenarnya yang bertubi-tubi membantah pengajaran tulisan Jawi secara keseluruhannya dalam akhbar-akhbar cina. DAP yang terpaksa menyelamatkan keadaan dan membuat satu rundingan penyelesaian yang menang-menang, yang akhirnya menjadikan DAP satu sasaran serangan yang lebih besar dari sebelum ini.

“MCA menghasut rakyat berketurunan cina membenci DAP, UMNO pula menghasut orang Melayu membenci DAP; dengan menggunakan kontroversi buatan mereka sendiri. Akhirnya DAP ditikam oleh puak-puak pengkhianat dengan pisau pinjaman MCA dan UMNO,” kata Howard.

Justeru beliau meminta rakyat Malaysia khususnya orang Melayu agar tidak mudah cair dengan laungan ‘hidup Melayu’ yang datangnya daripada sesetengah pembesar politik.

Katanya, pembesar politik tersebut  hanya pandai menciplak strategi dari kitab China purba dan kemudiannya diputarbelitkan pula semata-mata untuk menghasut rakyat Malaysia keturunan Melayu membenci rakyat Malaysia keturunan Cina.-SM

https://suaramerdeka.com.my/howard-lee-dakwa-umno-guna-ilmu-perang-china-hancurkan-dap/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Terbaru! DAP namakan Adly calon Ketua Menteri Melaka

 Nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil, Adly Zahari diumumkan akan kembali menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka seandainya Pak...