Jumaat, 9 Oktober 2020

[Episod tukar kerajaan] Ramai perlekeh Anwar, sekali betul dia memang ada nombor

Melihat keadaan dan situasi yang panas berkenaan Anwar dan nombor, ramai dikalangan rakan dan musuh ibarat memperlekehkannya, ada yang ketawa kerana mustahil Anwar ada nombor, ini kerana mustahil parti Pejuang dan Warisan ingin bersama Anwar.

Apatah lagi sekiranya gabungan yang Anwar sebutkan itu, terdapat MP Umno, adakah D4P setuju? Desas desus mengatakan D4P tidak mahu terlibat dalam gabungan baharu Anwar ini.

Boleh percaya ke?


Jangan kejam sangat dengan Anwar, dia ada nombor

RAMAI seolah-olah tidak percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai nombor ahli parlimen yang cukup untuk membentuk kerajaan baharu.

Tentera siber kini menjalankan kerja mereka memalukan dan memburuk Anwar. Jika kerja itu pada zaman dahulu dimainkan oleh media arus perdana dikawal oleh kerajaan, tetapi kini jembalang siber yang melaksanakan kerja jahat itu.

Sedangkan tuan kepada saka siber ini sebenarnya lebih jahat dan buruk kelakuannya daripada Anwar sendiri.

Anwar telah didapati bersalah tuduhan salah guna kuasa dan berhubungan badan secara songsang serta telah menjalani hukumannya di penjara. Bahkan beliau telah diberi pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Anwar sepanjang menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak pernah dituduh kes korupsi dan sebagainya, berbanding pemimpin yang ada pada hari ini terkenal dengan amalan kronisme dan mengenyangkan tembolok sendiri.

Bagi ahli politik veteran Datuk Ibrahim Ali walaupun beliau tidak menyokong Anwar, tetapi dia bersimpati dengan apa yang dihadapi oleh pemimpin pembangkang itu kerana telah ditelanjangkan dan dimalukan di khalayak ramai.

Beliau yakin selepas apa yang dilalui oleh Anwar, kini sudah tiba masanya beliau untuk memimpin negara ini keluar dari kemelut yang tidak berkesudahan dan menuju ke arah lebih cemerlang.

Satu sahaja yang gagal dilakukan oleh musuh Anwar ialah mencipta cerita Anwar seorang yang korup dan kaki songlap.

Dalam situasi ini ketika negara sukar memilih pemimpin yang bersih, Ahli Parlimen Port Dickson itu adalah calon yang terbaik kerana telah disiasat dan dituduh di mahkamah dan telah menjalani hukuman yang setimpal dan kini beliau harus diberi peluang untuk memimpin negara.

Bagaimanapun terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan pada pertemuan Selasa ini.

https://suaramerdeka.com.my/jangan-kejam-sangat-dengan-anwar-dia-ada-nombor/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Shahril Hamdan tegur Bersatu, usahlah pusing cerita dakwa Umno pula yang cetus masalah

 PETALING JAYA: Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan meminta Bersatu tidak menuduh Umno mencetuskan masalah, sebaliknya beliau mempersoalka...