Isnin, 5 Oktober 2020

Istana Negara pandang serius pihak guna nama YDPA sebar berita palsu

KUALA LUMPUR – Istana Negara memandang serius perbuatan tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama Yang Dipertuan Agong (YDPA) bagi menyebar berita palsu.


Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Inder Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, pihak istana sentiasa memantau kenyataan tidak benar oleh beberapa individu yang berbuat demikian termasuk melalui aplikasi Whatsapp.

“Tindakan yang tidak bertanggungjawab sedemikian bukan sahaja mencemarkan kredibiliti YDPA dan Istana Negara malah boleh menimbulkan kegusaran rakyat serta menggugat kententeraman dalam negara dari pelbagai sudut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Istana Negara tidak teragak-agak untuk melaporkan kepada Polis Diraja Malaysia begitu juga Suruhanjaya Komunikiasi dan Multimedia bagi tindakan lanjut di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam masa yang sama, Istana Negara menyarankan rakyat tidak mudah panik dan percaya berita palsu tersebar dan turut menyebarkan agar berita palsu tidak dikongsi bersama untuk mengelak tindakan polis dan juga Suruhanya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan:

Catat Komen

Terbaru! DAP namakan Adly calon Ketua Menteri Melaka

 Nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil, Adly Zahari diumumkan akan kembali menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka seandainya Pak...