Khamis, 8 Oktober 2020

Kerana jawatan PM ke-9, Mahathir, Ku Li bergabung sekat kemaraan Anwar

  Macam-macam spikulasi sedang berlegar-legar yang mengatakan Anwar sememangnya sudah cukup nombor untuk membolehkan kerajaan baharu dibentuk, malah Anwar yang bermain teka teki siapa MP yang menyokongnya itu.

Nampaknya keadaan ini sudah membuatkan pro Mahathir tidak senang duduk, diketahui ramai, Muhyiddin walaupun menjadi Perdana Menteri, namun ramai percaya dibelakangnya adalah tetap Mahathir, mungkin Ahli Parlimen Umno sudah mengatahui strategi yang digunakan oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya untuk mengecilkan peranan Umno dengan terbentuknya Perikatan Nasional.

Kali ini wujud pula gabungan Mahathir dan Ku Li untuk menghalang usaha Anwar menjadi Perdana Menteri ke-9.

Kalaulah benar Anwar akan jadi Perdana Menteri, ini akan merisikokan Mahathir dan proksinya.

Jadi kita tunggu dan lihat, Selasa ini, bila Anwar akan mengadap Agong untuk mempersembahkan jumlah Ahli Parlimen yang menyokongnya.

Berdebar-debar......


Mahathir, Ku Li bergabung sekat kemaraan Anwar 

Bukan soal Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi atau UMNO lagi, tetapi congakan utama dalam perkiraan Tun Dr. Mahathir Mohamad sekarang adalah untuk mengekang kemaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengira detik hari pembentangan Belanjawan 2021 di Parlimen 6 November, tidak kurang sebulan sahaja lagi dari sekarang, Suara Merdeka difahamkan, Pengerusi Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) itu sedang mendapatkan sokongan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li untuk memastikan Presiden PKR itu tidak memperoleh `angka atau nombor’ yang diuar-uarkannya.

“Tidak boleh pandang remeh dakwaan Anwar bahawa beliau ada angka ahli-ahli parlimen yang mahu menyertainya menjatuhkan Muhyiddin.

“Kami melihat Ku Li serta beberapa lagi dalam UMNO selain Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang mengetuai Parti Warisan Sabah bersama Pejuang sahaja boleh menyekat kemaraan Anwar ini,” kata sumber kepada portal ini.

Anwar pada satu sidang akhbar tergempar di Kuala Lumpur pada 23 Septemberl lalu mendakwa beliau kini mempunyai majoriti sokongan ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan yang baharu, sekali gus membolehkan beliau mengusulkan dirinya sebagai Perdana Menteri kesembilan Malaysia.

Menurut sumber itu lagi, secara konvensional, terdapat tiga cara bagaimana seorang Perdana Menteri boleh kehilangan kepercayaan Dewan Rakyat.


“Pertama, kalah undi tidak percaya yang dibentangkan oleh blok pembangkang; kedua, kalah undi tidak percaya yang dikemukakan oleh blok kerajaan sendiri serta ketiga, tidak ada majoriti meluluskan belanjawan.


“Anwar dipercayai akan menggunaka usul ketiga ini untuk menekan Muhyiddin sekali gus memastikan beliau meletak jawatan Perdana Menteri,” katanya.


Perkara 55 (1) dan 40 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan hanya dua orang yang boleh memutuskan sama ada pilihan raya umum mengejut atau snap election boleh berlaku.


Orang pertama adalah Perdana Menteri. Sekiranya Perdana Menteri tidak meminta pembubaran awal, Dewan Rakyat hanya akan dibubarkan lima tahun dari tarikh mesyuarat pertama.


Tanpa permintaan beliau, Yang di-Pertuan Agong pun tidak boleh membubarkannya.


Orang kedua ialah Agong sendiri. Baginda mempunyai budi bicara mutlak untuk sama ada memperkenankan permintaan Perdana Menteri itu.


Perkara 55 (1) tidak mengenakan sebarang syarat, waktu dan keadaan bagi Perdana Menteri untuk meminta pembubaran, tetapi Perkara 43 (4) meletakkan permintaan tersebut sebagai salah satu dari dua pilihan beliau “jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.”

Pilihan yang lagi satu adalah meletak jawatan, sekali gus memberi laluan untuk seorang ahli parlimen lain yang boleh mendapat kepercayaan majoriti Dewan Rakyat untuk menggantikannya sebagai Perdana Menteri.


Dan secara konvensional, yang tiga tadi yang disebut oleh sumber berkenaan.

Setelah krisis perlembagaan Perak, Mahkamah Persekutuan mengesahkan bahawa hal itu juga dapat dinyatakan melalui penyampaian Akuan Bersumpah (SD) oleh ahli dewan legislatif kepada raja.

Ramai sebelum ini meminta Anwar supaya menunggu Dewan Rakyat bersidang pada 2 November depan sekiranya mahu mendakwa beliau mempunyai sokongan untuk menjadi Perdana Menteri menggantikan Muhyiddin.

Pemilihan Perdana Menteri menerusi proses Parlimen itu merupakan kaedah yang benar-benar mengikut lunas demokrasi berparlimen.

Jalan terbaik yang boleh dilakukan adalah dengan Anwar mengusulkan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin Yassin, justeru dari situ rakyat boleh melihat secara terus siapa yang mempunyai sokongan majoriti dan siapa yang tidak mempunyai sokongan mencukupi di Dewan Rakyat.-SM

https://suaramerdeka.com.my/mahathir-ku-li-bergabung-sekat-kemaraan-anwar/

Tiada ulasan:

Catat Komen

[Setelah tular] Tok Mat nafi jadi calon PM Muafakat Nasional

 TIMBALAN Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan dirinya telah dipilih sebulat suara sebagai calon perdana menteri bagi  Muafakat ...