Jumaat, 23 Oktober 2020

Kes Covid-19 di Sabah naik, Warisan buat apa? soal Najib

 PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan tindakan pemimpin Warisan termasuk presiden Shafie Apdal yang masih membisu walaupun jumlah jangkitan Covid-19 di Sabah meningkat mendadak termasuk membabitkan kawasan Lahad Datu, Semporna, Tawau dan Kunak yang dikuasai parti itu.


“Pemimpin-pemimpin Warisan terus berdiam diri berhubung Covid selepas Pilihan Raya Negeri (PRN). Mohamaddin Ketapi sudah nyahaktif Facebook, manakala Shafie hanya membuat 4 posting sejak PRN, 1 untuk ucap terima kasih pada pengundi, 1 untuk ucap ‘Happy Mooncake’ festival, 1 ucapan takziah kepada VK Liew dan 1 untuk video promosikan diri,” kata Najib.

Najib turut membangkitkan semula kenyataan dikeluarkan pemimpin Warisan dipercayai dituju kepada Mohamaddin yang memaklumkan Covid-19 di Sabah hanya wayang ketika kempen PRN Sabah.

“Tidak boleh dinafikan bahawa mereka (pemimpin Warisan) adalah pemimpin komuniti dari 4 daerah ini,” katanya.

Beliau berkata, pemimpin Warisan sepatutnya bekerjasama membantu kerajaan mendidik masyarakat tempatan membendung penularan Covid-19.

“Saya harap pemimpin-pemimpin ini bekerjasama dengan kerajaan untuk bantu usaha mendidik penduduk tempatan dan membendung Covid di sana. Jangan tahu membisu sahaja sambil mengutip gaji ahli Parlimen dan Adun,” katanya.

Sehingga kini Sabah mencatatkan 9,868 jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 dengan 6,577 kes aktif.

Daripada jumlah itu, Kota Kinabalu mencatatkan kes aktif paling tinggi iaitu 1,582, diikuti Semporna (971), Tawau (962), Sandakan (747), Lahad Datu (558).

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/10/23/kes-covid-19-di-sabah-naik-warisan-buat-apa-soal-najib/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Terbaru! DAP namakan Adly calon Ketua Menteri Melaka

 Nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil, Adly Zahari diumumkan akan kembali menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka seandainya Pak...