Jumaat, 9 Oktober 2020

Keyakinan Mujahid yang misi Anwar untuk membentuk kerajaan baharu dan kembalikan mandat rakyat

Pada Selasa minggu hadapan akan tercatit lagi sejarah yang sistem Demokrasi di negara kita sentiasa subur dengan jayanya.

Adakah benar Anwar Ibrahim memang mempunyai nombor Ahli Parlimen yang menyokongnya, atau Anwar sendiri telah dipermainkan dalam diam, atau memang nyata dan sahih pertukaran kerajaan tidak dapat dielakkan.

Semuanya tertumpu pada Selasa minggu hadapan. Moga politik negara kita tidak lagi terkesan dengan golongan gila kuasa dan pembubaran Parlimen pun terpaksa diadakan?

Sukar untuk diperjelaskan, namun melihat tutur kata Mujahid yang pernah menjadi Menteri Agama ketika zaman Pakatan Harapan, dapat memperlihatkan realiti kebenaran yang Anwar sudah mempunyai nombor.

Kita tunggu..

Foto - The Star

Misi Anwar 13 Okt ini kembalikan semula mandat rakyat – Dr. Mujahid

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa mengajak rakyat mendoakan agar langkah Datuk Seri Anwar Ibrahim akan sampai di balai mengadap istana pada 13 Oktober ini.

Dengan yakin, beliau mengingatkan semua pihak, termasuk parti gabungan Pakatan Harapan (PH), jika sampai masanya nanti Anwar berjaya membentuk kerajaan baharu, usah berseronok dan bersorak.

Sebaliknya, kata beliau, mereka harus insaf dan berendah diri kerana bebanan atas bahu Presiden PKR dan dan majoriti Ahli Parlimen yang menyokongnya lebih berat dari apa yang dibayangkan.

“Ini bukan mengenai politik kuasa, tetapi amanah dan taklif menguruskan negara di saat krisis,” katanya menerusi hantaran terbaharunya dalam Facebook beliau, hari ini.

Dr. Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar mengakui tarikh 13 Oktober ini adalah tanggal yang mendebarkan semua pihak.

Katanya, apabila Anwar akan mengadap Yang di-Pertuan Agong, di Istana Negara, secara logiknya semua boleh agak tujuan dan hasil pertemuan itu nanti.

Ini menurut beliau, berpandukan sidang akhbar Anwar selaku Pengerusi PH di sebuah hotel di ibu negara pada 22 September lalu.

“Pada sidang media khas itu, Anwar mendakwa dia ada majoriti yang kuat dan meyakinkan dari kalangan Ahli Parlimen yang menyokong beliau untuk membentuk kerajaan.

Baca selanjutnya https://malaysiagazette.com/2020/10/09/misi-anwar-13-okt-ini-kembalikan-semula-mandat-rakyat-dr-mujahid/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Suhakam: Vaksin percuma perlu rangkumi banduan, warga asing

 Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menggesa kerajaan memberikan vaksinasi percuma kepada golongan rentan serta mereka yang berada dala...