Sabtu, 17 Oktober 2020

Lepas surat Najib dan Zahid, surat Anwar kepada Istana pula tular

 KUALA LUMPUR – Selepas tular sepucuk surat menggunakan kepala surat UMNO tersebar hari ini kononnya ditulis oleh  presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tular pula sepucuk surat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Dalam surat itu, Anwar didakwa mempunyai sokongan 131 ahli Parlimen untuk beliau dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu.

“Susulan warkah patik kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku bertarikh 22hb September 2020 (Ruj: POL/001/220920) serta kenyataan juga media patik pada 23hb September 2020, patik dengan rendah diri pohon menghadap Duli Tuanku aras tujuan mengemukakan warkah ketua-ketua parti politik serta akuan bersumpah Ahli Dewan Rakyat secara persendirian bagi mengesahkan bahawa patik selaku Ahli Parlimen Port Dickson (P132) telah mendapat dan mempunyai kepercayaan dan kepercayaan majoriti yang kukuh dan meyakinkan diaripada 131 Ahli Dewan Rakyat untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-9.

“Dengan  rendah diri, patik mempersembahkan warkah ketua-ketua parti politik yang dinyatakan di atas warkah-warkah tersebut akan membuktikan secara terperinci bahawa patik telah mendapat dan mendapat kepercayaan dan tidak percaya yang tidak berbelah bagi dan sebentar Ahl-Ahli Dewan Rakyat Parti Keadilan Rakyat, Pertubuhan Kebangsaan  Melayu Bersatu (UMNO), Parti Amanah Negara (Amanah), Parti  Tindakan Demokratik (DAP) dan seorang Ahli Dewan Rakyat bebas secara peribadi,” tulis surat berkenaan.

Anwar menghadap YDPA pada Selasa lalu bagaimanapun tidak menyenaraikan nama mana-mana Ahli Parlimen yang menyokongnya.

Dalam surat empat muka surat itu, Anwar turut memperincikan bahawa beliau turut akan mendapat sokongan daripada Gabungan Parti Sarawak dan Parti Warisan Sabah (Warisan).

“Sebagai tambahan, patik yakin Ahl-Ahli Dewan Rakyat Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu akan segera menyusul untuk memberi sokongan dan kepercayaan kepada patik untuk jumlah pengguna secara keseluruhan dan kepercayaan seramai 158 Ahli Dewan Rakyat,” kata surat yang ditandatangani oleh Anwar itu. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2020/10/17/lepas-surat-najib-dan-zahid-surat-anwar-kepada-istana-pula-tular/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Shahril Hamdan tegur Bersatu, usahlah pusing cerita dakwa Umno pula yang cetus masalah

 PETALING JAYA: Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan meminta Bersatu tidak menuduh Umno mencetuskan masalah, sebaliknya beliau mempersoalka...