Jumaat, 16 Oktober 2020

Lid kata 30 MP UMNO menyokong Anwar, ‘Lebih elok Lid simpan anggaran dia kat rumah sahaja’ kata Najib

 Dengan tiada tapis Khalid Samad sebelum ini yakin yang seramai 30 MP UMNO menyokong Anwar, gegak gempita suasana sehingga ada juga ahli UMNO terjerat dengan propa Lid Samad ni.

Sudahlah begitu, nama Zahid juga dia petik dengan mengatakan 30 MP UMNO yang menyokong Anwar diketahui Presiden parti.

https://www.youtube.com/watch?v=War5pQZTuwk

Bergegar lagi suasana dengan orang UMNO juga yang menjadi termakan propa si Lid Samad ni, Presiden parti juga kena dituduh macam-macam akibat tuduhan yang hanya dengan perkataan anggapan.


Orang UMNO oh orang UMNO, cerdiklah sedikit, janganlah terlalu menjilat emosi sendiri bila musuh menyalurkan ceritera lucu.

Berbalik kepada ada 30 MP UMNO menyokong Anwar, Najib Razak dengan nada sinis memerli Lid Samad dan menyarankan supaya simpan sahaja anggaran Lid tu di rumah sahaja.

Dari Suara Merdeka https://suaramerdeka.com.my/lebih-elok-lid-simpan-anggaran-dia-kat-rumah-sahaja/

AHLI Parlimen Amanah Khalid Abdul Samad terus disindir selepas mendakwa seramai 30 Ahli Parlimen UMNO menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan.

Terbaharu Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta Pengarah Komunikasi Amanah itu untuk menyimpan sahaja dakwaan beliau itu di rumah.

Kata Najib, Khalid tidak sepatutnya mengeluarkan pendapat yang boleh mengelirukan masyarakat.

“Lebih elok Lid simpan anggaran dia kat rumah sahaja. Buat apa nak buat kenyataan tidak berdasarkan fakta untuk mengelirukan rakyat?,” sindir Najib.


Bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu, di Twitternya mengaku bahawa kenyataan beliau bahawa 30 Ahli Parlimen UMNO menyokong Anwar hanya anggaran sahaja.

“Ada yang tegur angka 30 MP UMNO tak pernah disebut mana-mana pihak.

“Saya akui ianya anggaran saya dan secara rasminya kenyataan saya sepatutnya hanya menyebut ‘surat sokongan ketua-ketua parti dipersembahkanDatuk Seri Anwar Ibrahim kepada Yang di-Pertuan Agong termasuk sejumlah MP UMNO,” ciap Khalid di Twitternya.


Dalam wawancara dengan tv internet Jom Channel malam tadi, Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, 30 ahli Parlimen UMNO menyokong Anwar untuk mengambil alih kerajaan daripada Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin.

Ahli Parlimen Shah Alam itu mendakwa, Anwar turut membawa surat sokongan daripada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika berjumpa dengan Yang di-Pertuan Agong.

“Saya difahamkan, selain surat-surat dari Mohamad Sabu yang mewakili Amanag dan surat Lim Guan Eng yang mewakili DAP, Datuk Seri Anwar juga membawa surat daripada Datuk Seri Zahid Hamidi yang menyatakan 30 MP Umno, kalau tak silap saya, menyokong Anwar.

“Ia dikemukakan setakat itu sahaja tanpa SD. Namun, saya difahamkan surat Zahid Hamidi ada senarai namanya,” kata Khalid.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu mendakwa Anwar mempunyai majoriti yang jelas iaitu kombinasi sokongan PKR (39), DAP (42), Amanah (11) dan 30 daripada UMNO.

Istana Negara dalam satu kenyataan dua hari lalu berkata, dalam sesi mengadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah, Anwar hanya mengemukakan jumlah Ahli Dewan Rakyat yang menyokong tanpa memberi senarai nama mereka yang menyokong. beliau-SM

Tiada ulasan:

Catat Komen

Melayu tak daftar undi sebab lihat ahli politik seolah dirasuk syaitan kata Khalid Samad

 PENGARAH Komunikasi Amanah Khalid Abd Samad menyangkal kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang kononnya ramai orang Melayu berag...