Jumaat, 2 Oktober 2020

Nazri gesa pimpinan dengar suara akar umbi, tamatkan hubungan dengan PPBM

PETALING JAYA: Pemimpin Umno, Nazri Aziz, menyeru hubungan antara parti Melayu itu dengan PPBM ditamatkan, mendakwa demikianlah kemahuan akar umbi Umno.

“Akar umbi sangat merasakan Umno hanya perlu bekerjasama dengan PAS dalam Muafakat Nasional, tanpa PPBM,” kata ahli Parlimen Padang Rengas itu kepada FMT.

Perkembangan ini menyusuli gesaan Timbalan Presiden Mohamad Hasan kepada Presiden Zahid Hamidi, meminta beliau memberikan pedoman kepada parti selepas pilihan raya Sabah, yang menyaksikan Umno daripada berkuasa kepada pemain terpencil dalam Gabungan Rakyat Sabah.

Zahid berkata majlis tertinggi Umno akan membincangkan perkara itu.

Menyahut seruan Mohamad dan jawapan Zahid, Nazri mengingatkan PPBM tiada sokongan akar umbi di Semenanjung seperti di Sabah.

“Umno dan PAS ada sokongan akar umbi, dan ini terbukti pada kemenangan besar dalam 6 pilihan raya kecil sejak PRU-14, 2 kali menewaskan PPBM,” katanya.

“Jadi kita mesti dengar suara akar umbi.”

Komen Nazri senada pendapat Mohamad pada Ogos, ketika beliau beritahu FMT maklum balas daripada akar umbi menunjukkan mereka tidak selesa dengan hasrat PPBM sertai Muafakat Nasional.

Baca seterusnya https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/10/02/nazri-gesa-pimpinan-dengar-suara-akar-umbi-tamatkan-hubungan-dengan-ppbm/

Tiada ulasan:

Catat Komen

[Gempar] Pemimpin Armada ditangkap miliki ganja dalam jumlah besar

 Seorang tokoh Pemuda Bersatu (Armada) telah ditangkap polis pada 20 Jan lalu atas dakwaan memiliki dadah dalam jumlah yang besar. Perkara i...