Ahad, 11 Oktober 2020

[Panas] Tiada DAP dalam Kabinet cadangan Anwar?

KUALA LUMPUR – Menjelang dua hari sahaja lagi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Namun sudah tersebar di media sosial ‘cadangan barisan Kabinet Perpaduan Ummah’ dikatakan bakal dipersembahkan Presiden PKR itu pada 13 Oktober ini.


Seramai 33 jemaah menteri menerusi infografik yang tersebar meluas berkenaan, termasuk Anwar sebagai Perdana Menteri.

Namun tidak ada seorang ahli Parlimen daripada DAP.

Sebaliknya yang kelihatan daripada PKR (11), UMNO (10), Pas (3), MIC (1), MCA (1), Parti Amanah Negara (Amanah) dua orang Ahli Parlimen manakala wakil daripada Parti Warisan Sabah (2).

Juga wakil dari Sarawak iaitu mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) iaitu Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang dinamakan sebagai salah seorang daripada tiga Timbalan Perdana Menteri selain Datuk Seri Nancy Shukri (Batang Sadong) Menteri Wanita dan keluarga.

Selain Anwar sebagai Perdana Menteri, dua lagi Timbalan Perdana Menteri adalah Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Shafie Apdal.

Manakala Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan pula dinamakan sebagai Menteri Kewangan.

Nama Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau dinamakan turut tersenarai sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.


Selain itu bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia.


Wakil daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah , Datuk Seri Fadillah Yusof turut tersenarai sebagai Menteri Kerja Raya.

Turut terlihat pada gambar adalah Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang merangkap Ahli Parlimen Marang yang dinamakan menjadi Menteri Hal Ehwal Agama.

Cadangan Kabinet menerusi infografik itu turut menamakan tiga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, iaitu Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa, Datuk Mohd Azis Jamman dan Datuk Christina Liew.

Bingkas menyanggah infografik cadangan Kabinet itu adalah Ahmad Maslan.

Beliau menganggap ia tidak lebih sekadar senarai Kabinet rekaan semata-mata.

“Senarai Kabinet fatamorgana! Tiada sebarang perbincangan, maka tiada apa pun keputusan. Senarai kabinet ini hanya khayalan, sekadar infografik rekaan yang tiada sebarang kebenaran,” katanya sambil menegaskan beliau kekal bersama kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Selain itu, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang dinamakan sebagai Menteri Pengajian Tinggi menganggap cadangan Kabinet tersebut tidak berpandukan Perlembagaan kerana beliau tidak lagi Senator.

“Kalau ya pun nak buat poster fitnah seperti ini, buatlah kajian terlebih dahulu. Nak sangat letak saya sebagai Menteri kena tahu bahawa Perlembagaan tidak membenarkannya kerana tempoh Senator atau Ahli Dewan Negara saya sudahpun berakhir untuk dua penggal, Apa-apapun pendirian Pemuda UMNO tetap kekal mempertahankan keputusan Majlis Tertinggi UMNO yang jelas menolak kerjasama dengan DAP mahupun Anwar,” katanya menerusi Facebook.

Untuk rekod Anwar sebelum ini yang mendakwa memiliki majoriti sokongan ahli Parlimen Melayu dan Islam untuk menubuhkan kerajaan mengesahkan bakal mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bagi mempersembahkan bukti. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:

Catat Komen

Terbaru! DAP namakan Adly calon Ketua Menteri Melaka

 Nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil, Adly Zahari diumumkan akan kembali menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka seandainya Pak...