Sabtu, 31 Oktober 2020

Politik tidak stabil buatkan pelabur tarik diri dari melabur kata ahli ekonomi

 Ketidakstabilan politik dan masalah pekerja asing antara faktor yang menghambat usaha Malaysia menarik syarikat melabur di negara ini, kata ahli ekonomi.

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) mencatatkan RM19.5 bilion daripada pelaburan asing dalam 6 bulan pertama 2020, dengan pengerusinya menyatakan beliau mengharapkan Malaysia terus menjadi hab pelaburan serantau walaupun berdepan wabak Covid-19.



Bagaimanapun, profesor ekonomi Universiti Sunway Yeah Kim Leng berkata, walaupun pendekatan inovatif Mida untuk menarik pelaburan amat tepat, ia tidak mencukupi kerana pelabur jangka panjang sangat mementingkan kestabilan politik.

“Kerajaan yang stabil amat penting bagi pelaburan asing untuk mencapai kadar pertumbuhan 1 digit tinggi yang diinginkan,” kata Yeah.

Goh Lim Thye, pensyarah kanan ekonomi di Universiti Malaya (UM), menyatakan laporan Bank Dunia 2013 menekankan pengurangan pelaburan yang ketara di Timur Tengah dan Afrika Utara dari 2003 hingga 2012 kerana kejutan politik yang buruk.

Goh berkata, kestabilan Singapura membuatkannya menonjol daripada persaingan.

Carmelo Ferlito, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pendidikan Pasaran Malaysia, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) berkata, Malaysia berjaya dalam dekad yang lalu untuk menarik pelaburan asing walaupun merupakan pasaran kecil.

Namun, katanya, ketidakstabilan politik ketika ini bermaksud pelabur mengambil pendekatan “tunggu dan lihat”.

Ketiga-tiga mereka mengulas kenyataan pengerusi Mida, Abdul Majid Ahmad Khan baru-baru ini, Malaysia akan tetap menjadi sasaran pelaburan yang menarik walaupun pandemik Covid-19 dan ekonomi global tidak menentu.

Katanya, kelebihan Malaysia termasuk rangkaian rantaian bekalan tempatan yang kukuh dan boleh dipercayai, serta prospek pertumbuhan jangka panjang yang mampan.

Baca selanjutnya https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/10/31/ketidakstabilan-politik-jejas-usaha-tarik-pelabur-asing-kata-pakar/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Melampau tuduh Umno derhaka kepada Raja, adakah Annuar memang berniat jahat?

 Annuar Musa menuduh Umno menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong. Tuduhan itu dinyatakan dalam suratnya kepada Setiausaha Agung Umno. Annua...