Selasa, 6 Oktober 2020

PRK Batu Sapi perlu diadakan dalam tempoh 60 hari

YANG di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizah Harun telah memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya mengenai kekosongan kerusi Parlimen Batu Sapi, Sabah hari ini.

Foto- Malay Mail

Pemberitahuan itu selaras Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan berikutan berikutan kematian penyandangnya Datuk Liew Vui Keong Jumaat lepas.

“Oleh yang demikian selaras Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia hendaklah mengisi kekosongan luar jangka Kerusi Parlimen Kawasan P.185 Batu Sapi, Sabah dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia bahawa ada kekosongan,” kata Azhar.

Vui Keong meninggal dunia kira-kira jam 11.50 pagi tadi Jumaat lalu.

Mendiang yang berusia 60 tahun menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Gleanegles Kota Kinabalu.

Beliau yang merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen) sebelum ini menerima rawatan di hospital tersebut kerana jangkitan kuman di paru-paru.-SM

https://suaramerdeka.com.my/prk-batu-sapi-perlu-diadakan-dalam-tempoh-60-hari/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Pemimpin Umno ada kes mahkamah jangan ugut keluar PN - Bersatu Kepong

Pemimpin Umno yang sedang melalui perbicaraan di mahkamah dinasihatkan supaya jangan melakukan ugutan politik mahu keluar daripada kerajaan ...