Khamis, 8 Oktober 2020

[Tukar Kerajaan?] Anwar menghadap Agong: Ketua Pemuda PKR minta ahli solat hajat

Seluruh anggota Parti Keadilan Rakyat dan penyokongnya diminta untuk mengadakan solat sunat hajat sempena majlis Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim  menghadap Yang di-Pertuan Agong yang dijadual berlangsung Selasa.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Akmal Nasir yang membuat seruan itu berkata, solat hajat itu juga bagi mendoakan majlis itu akan berjalan dengan lancar dan penuh tertib.


“Alhamdulillah, kita menjunjung kasih atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong untuk menerima mengadap YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden KEADILAN pada Selasa depan.

“Sehubungan dengan itu, saya bersama kepimpinan AMK ingin mengajak seluruh anggota parti serta pendokong PKR untuk melakukan solat sunat hajat dan mendoakan agar segalanya berjalan baik, penuh tertib dan lancar,” kata Akmal.

Beliau turut meminta anggota parti untuk kekal bertenang dan menghormati Perintah Peraturan Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) seperti yang disarankan oleh Anwar.

“Kita juga mendoakan keselamatan dan perlindungan buat keseluruhan rakyat Malaysia daripada wabak COVID-19. Solat Sunat Hajat boleh dilaksanakan mengikut kapasiti masing-masing di mana jua anda berada.

“Semoga Allah kurniakan kepimpinan negara yang mempunyai halatuju dan stabil, juga kesembuhan dan perlindungan daripada wabak COVID-19 kepada seluruh rakyat Malaysia insya-Allah,” kata Akmal.

Anwar dalam satu kenyataan media hari ini memaklumkan, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan untuk beliau hadir menghadap pada Selasa depan.

“Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah diberi keafiatan daripada kegeringan baru-baru ini.

Baca selanjutnya https://suaramerdeka.com.my/anwar-menghadap-agong-ketua-pemuda-pkr-minta-ahli-solat-hajat/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Muhyiddin sudah jadi seorang diktator dakwa Tun M

 KUALA LUMPUR Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin seorang diktator. Menur...