Khamis, 5 November 2020

Amboi, Kadir Jasin troll Najib sebab dilantik sebagai Pengerusi BNBBC

 Bekas penasihat media kerajaan Pakatan Harapan (PH) Datuk Kadir Jasin menyindir atau troll Datuk Seri Najib Tun Razak apabila dilantik sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) di Parlimen.

“Tak apalah kerana BN pun bukan kerajaan lagi. Jadi kelab ini lebih kurang macam Kelab Suka Ria Pemuda Pemudi zaman dulu,” sindir Kadir kepada Najib yang popular dengan panggilan Bossku.



Kadir melancar serangan terbaharu selepas Najib mencabar Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk berbahas.

Dr. Mahathir dalam jawapan sinisnya pula berkata, “Tidak ada apa yang hendak kita bahaskan oleh kerana kamu sudah didapati bersalah”.

Menurut Kadir dalam erti kata yang lain, Dr. Mahathir menganggap bahas di antara beliau dengan Najib selesai apabila Najib didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 27 Julai lalu dan dihukum penjara 12 tahun serta denda RM210 juta kerana pecah amanah RM42 juta duit SRC International Sdn Bhd.

“Dr Mahathir dan sesiapa saja yang waras pemikiran tidak perlu ambil kisah sangat dengan seorang yang dilabel “convicted felon” oleh Pertubuhan Berita Nasional, Bernama. Dalam bahasa Melayu ia bermaksud penjenayah yang dihukum.

“Ini, bagaimanapun, tidak termasuk Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) di Parlimen yang dilaporkan melantik beliau sebagai Pengerusi,” katanya.

Lagi pun, kata Kadir, Najib ada peluang berbahas dengan Dr Mahathir masa dia Perdana Menteri iaitu dalam majlis “Nothing2Hide” di PWTC pada tahun 2015. Tapi tidak berani.

“Tapi ada satu “bahas” yang Najib wajib ambil berat dan persiapkan diri kalau dia tidak mahu masuk jel iaitu rayuannya kepada Mahkamah Rayuan.

“Kalau Najib galak sangat nak bahas dengan Dr Mahathir, dia masih boleh berbuat demikian di Dewan Rakyat yang sedang bersidang sekarang,” katanya

Sambung bacaan selanjutnya https://suaramerdeka.com.my/kadir-troll-bossku-dilantik-sebagai-pengerusi-bnbbc/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Melayu tak daftar undi sebab lihat ahli politik seolah dirasuk syaitan kata Khalid Samad

 PENGARAH Komunikasi Amanah Khalid Abd Samad menyangkal kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang kononnya ramai orang Melayu berag...