Ahad, 8 November 2020

Belanjawan 2021 adalah belanjawan propaganda kata Wanita Amanah

Angkatan Wanita Amanah Nasional (Amanah) menyifatkan Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Kerajaan Perikatan Nasioanal semalam sebagai belanjawan propaganda.

Ketuanya, Senator Aiman Athirah Al Jundi berkata, beliau tidak nampak bagaimana belanjawan berjumlah RM322.5 bilion itu mampu memulihkan ekonomi secara menyeluruh.


“Bajet 2021 adalah satu belanjawan propaganda hasil daripada kepimpinan tebuk atap dan sebuah pasukan pentadbiran yang gagal stabil. Tiada fokus dan kebanyakan hanya bersifat “surface”.

“Kekhuatiran saya adalah bahawa ia hanyalah sebuah belanjawan menyambung hayat para pengkhianat nasional dan proksi-proksi politik mereka menerusi penyediaan beberapa dana yang diragui keberkesanan pelaksanaannya,” kata Aiman Athirah.

Menurutnya, Belanjawan 2021 jelas bukan untuk kepentingan rakyat keseluruhan yang sangat terkesan akibat pandemik Covid-19.

Baca selanjutnya https://suaramerdeka.com.my/belanjawan-propaganda-kata-wanita-amanah/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Terbaru! DAP namakan Adly calon Ketua Menteri Melaka

 Nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil, Adly Zahari diumumkan akan kembali menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka seandainya Pak...