Rabu, 4 November 2020

Benarkah wujudnya C5 untuk menjahanamkan UMNO dari dalam, kebetulan masih bersama PN?

 Desas desus yang mengatakan wujudnya perancang yang mengikut 'story board' untuk mengecilkan pengaruh UMNO dan memecahkan Muafakat Nasional.

Adakah ini semata-mata dendam politik atau kerana rancangan besar dari seorang PERANCANG UTAMA perlu wujudnya Perikatan Nasional ini pada Februari lepas?

Siapakah PERANCANG UTAMA dalam C5? Persoalan yang sukar diungkap, ini kerana skrip kumpulan hantu ini cukup teliti dalam mengenakan pemimpin UMNO tertentu untuk dijatuhkan dan UMNO memang perlu dikecilkan peranannya.

Supaya dalam Perikatan Nasional, Bersatu mampu jadi dominan pada PRU15 nanti, walaupun tiada akar umbi yang kuat, taktikal politik minoriti telan majoriti nampak seakan berjaya, lihat sahaja Menteri mana paling ramai menjawat jawatan dalam kerajaan?

Pemimpin UMNO yang kerap melawan atau mengkritik Kerajaan PN dalam radar kumpulan ini untuk diberi imej yang buruk dengan keloan media kepunyaan mereka, tidak dipastikan media dibawah kelompok ini yang baru diwujudkan seperti Malaysia Now, page-page Facebook yang sudah mula mengasak pemimpin UMNO dan memburukkan imej parti, kononnya UMNO sedang gilakan kuasa.

Tajuk seperti Mesyuarat PH ‘senyap’ tentang rancangan Anwar-Zahid-

Najib https://www.malaysianow.com/berita/2020/10/30/mesyuarat-ph-senyap-tentang-rancangan-anwar-zahid-najib/

Kemarahan, ketegangan dalam mesyuarat 4 jam Umno paksa Zahid buat ‘pusingan U’

https://www.malaysianow.com/berita/2020/10/21/kemarahan-pemberontakan-dalam-mesyuarat-4-jam-umno-paksa-zahid-buat-pusingan-u/

Melalui portal ini, penulisan memang sangat jahat, ibarat Presiden parti membuat satu kenyataan yang luar kawalan, mesyuarat dalam keadaan tegang, bergaduh, sedangkan mesyuarat tertutup, laporan portal ini memang sengaja melaporkan keadaan palsu.

Sudah tentu tajuk-tajuk begini yang terperangkap adalah ahli UMNO, PAS, serta akar umbi parti, serta nitizan yang mengikuti keadaan politik semasa.

Jahat bukan strategi ini? Siapa dibelakang C5 ini...

C5 didakwa buat ‘grand design’ untuk hancurkan Umno 

https://malaysiadateline.com/c5-didakwa-buat-grand-design-untuk-hancurkan-umno/

Datuk Zaharin Mohd Yasin mendakwa ketika ini wujud kumpulan dikenali sebagai C5 yang sedang merancang satu ‘grand design’ untuk menghancurkan Umno.

Bekas pemimpin Umno itu berkata, kumpulan C5 terdiri dari pemimpin Bersatu dan Pas biarpun parti itu tidak pernah menyatakan terlibat dalam rancangan tersebut.

“Ada satu kelompok yang dikenali sebagai C5. Ada yang berkata C5 ini melibatkan ahli Pas juga di dalam itu dengan satu grand design untuk membunuh Umno.

“Kalau tengok dari kenyataan-kenyataan Pas, tak ada yang menyebut bahawa dia tidak ada hasrat dan minat untuk terlibat dalam satu grand design menghancurkan umno


“Sebaliknya dapat dilihat (Pas) asyik sibuk mempertahankan dan menyokong PM. Dengan itu, dalam kalangan ahli parti khasnya Umno, rasa tersinggung dengan kelompok C5 ini,” katanya dalam satu wawancara di Youtube MABA Channel baru-baru ini.

Sebelum ini, Malaysia Dateline pernah mendedahkan bahawa wujud kumpulan C5 yang terdiri dari lima pemimpin sebagai perancang strategi paling atas dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sumber memberitahu, C5 telah wujud sejak lebih sebulan lalu lagi ketika kerajaan PN mula bercelaru atau sebelum kerajaan PN terbentuk lagi.

“C5 ini gabungan lima pemimpin Bersatu, Umno dan Pas yang berperanan untuk wujudkan Muafakat Nasional (MN Plus) dan berketuakan Muhyiddin,” kata satu sumber menerangkan siapakah C5.

Menjawab persoalan bagaimana Umno boleh ‘dimatikan’, Zaharin berkata ia boleh terjadi mengikut undang-undang apabila Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) membatalkan parti itu.

Beliau berkata, sehingga kini Umno masih belum mengadakan sidang di peringkat bahagian yang dengan itu tidak membolehkan perhimpunan Agung Umno dilakukan.

Sekiranya itu berlaku katanya, Ros boleh membatalkan Umno kerana melanggar peraturan.

“Kalau Ros ambil tindakan membatalkan Umno, Umno tak boleh jawab apa.

“Apa yang dilihat sekarang, C5 adalah orang yang menyerang Umno. kalau kita tengok cara-cara dilakukan, nampak dalam media sosial bahawa ianya ke arah itu,” katanya lagi.


Tiada ulasan:

Catat Komen

Shahril Hamdan tegur Bersatu, usahlah pusing cerita dakwa Umno pula yang cetus masalah

 PETALING JAYA: Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan meminta Bersatu tidak menuduh Umno mencetuskan masalah, sebaliknya beliau mempersoalka...