Sabtu, 28 November 2020

D4P balun Anwar, disuruh mohon maaf atau bubar sahaja PH

 PETALING JAYA: Anwar Ibrahim harus bertanggungjawab sepenuhnya dan meminta maaf kepada penyokong Pakatan Harapan (PH) kerana mengarahkan Ahli Parlimen daripada PKR dan DAP untuk tidak melakukan pengundian belah bahagi ketika bacaan kedua Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, semalam.

Setiausaha Agung Pemuda DAP, Teh Hoong Keat dalam kenyataan hari ini turut memberi kata dua kepada pemimpin pusat parti itu supaya memutuskan hubungan dengan PKR dan membubarkan PH sekiranya ketua pembangkang itu masih menganggap keputusan itu adalah tepat.



“Pemimpin pusat DAP harus putuskan hubungan dengan PKR, biarlah Pakatan Harapan dibubarkan dan hanya mengekalkan kerjasama yang minimum dengan parti pembangkang.

“Sebagai parti terbesar dalam Parlimen, DAP seharusnya tidak boleh berulang kali mengorbankan nilai teras dan idealismenya untuk gambaran yang lebih luas,” tegasnya.

Menjelang pilihan raya umum akan datang, beliau berkata, DAP perlu berunding dengan parti politik lain dalam usaha membentuk pakatan baru dan kerajaan selepas pilihan raya.

“Mana-mana parti politik yang ingin membentuk kerajaan dengan DAP juga mestilah selari dengan arah perjuangan kita dalam memartabatkan demokrasi sosial.

“Menerusi pendekatan ini, DAP dapat mengelakkan daripada ‘diperkudakan’ dan ‘dicuri’ oleh parti komponen lain,” katanya sekali gus menyokong DAP menggunakan logo parti itu dalam pilihan raya akan datang.

Dalam kenyataan hari ini, Anwar mendedahkan pemimpin PH, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu mahu undi belah bahagi dibuat terhadap Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat semalam, namun beliau meminta tidak berbuat demikian.

Semalam, Anwar dijangka meminta Ahli Parlimen pembangkang memilih supaya menentang rang undang-undang perbekalan itu, namun hanya 13 Ahli Parlimen yang berdiri untuk meminta undi belah bahagi, ketika sekurang-kurangnya 15 wakil diperlukan untuk proses itu.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/11/27/mohon-maaf-atau-ph-bubar-pemuda-dap-beri-kata-dua-kepada-anwar/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Melampau tuduh Umno derhaka kepada Raja, adakah Annuar memang berniat jahat?

 Annuar Musa menuduh Umno menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong. Tuduhan itu dinyatakan dalam suratnya kepada Setiausaha Agung Umno. Annua...