Ahad, 15 November 2020

D4P tetap ikhtiar supaya UMNO, PAS dan Bersatu berpecah kata Annuar Musa

Setiausaha Agung Barisan Nasional dan Perikatan Nasional Tan Sri Annuar Musa mengingatkan UMNO, Pas dan Bersatu untuk berhati-hati.

Anuar percaya DAP dan rakan-rakannya mempunyai strategi untuk memecahkan kesatuan antara ketiga-tiga parti tersebut.

Foto - Malaysiakini


“Kita tidak akan biarkan DAP kembali berkuasa atau cuba menguasai melalui politik “wayang cina/chinese opera”.

“Saya percaya mereka kini ada strategi lebih halus, strategi Trojen Horse berpura-pura berada bersembunyi di belakang tapi tetap berikhtiar agar Bersatu, UMNO, PAS berpecah,” kata Annuar.

Menurutnya, ketika ini terdapat tanda kemunculan pihak yang mahu ketiga-tiga parti itu berpecah.

“DAP dan rangkaian kembali mendapat rentak seperti sebelum PRU14 iaitu memecahkan kesatuan kita. Kerana yang paling di takuti mereka ialah jika UMNO, Bersatu dan Pas bersatu dan menentang PH secara dua penjuru.

“Berhati hatilah. al-Quran mengajar kita supaya berpegang teguh pada tali Allah dan jangan bercerai berai. Islam mengingatkan kita jgn berbantah bantah nescaya kita hilang kekuatan. Bangsa kita punya bidalan bersatu teguh bercerai roboh,” kata Annuar.

Tegas Ahli Parlimen Ketereh beliau akan terus istiqamah dengan keputusan UMNO iaitu menyokong Perikatan Nasional, Tan Seri Muhyiddin Yassin dan tegas menolak DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Annuar berkata, beliau tidak akan menoleh kebelakang dan akan terus mara ke depan dengan dasar yang telah diputuskan parti.

Menurutnya, dia akan teruskan usaha untuk menyatu-padukan UMNO, Pas, Bersatu sebagai teras politik Melayu dengan muafakat bersama PN, MN, BN, GPS, GRS, dan parti sahabat BN.

“Seketika dulu kita cemas dan rimas dengan cara pemerintahan DAP-led PH. Justeru kita ketepikan segala sentimen, kita muafakat UMNO, Pas, Bersatu, @tsmy, [email protected], MCA, MIC, PBRS, PBS, STAR, [email protected] jatuhlah mereka.

“Dengan majoriti yang tipis kita jadi kerajaan. Kini tidakkah kita perlu kuatkan lagi muafakat kita, perikatan kita, barisan kita? Atau kita kembali berpecah?

“Pada saya, jika mahu berjaya, jika mahu dipercaya pastikan kerajaan PN jadi kerajaan yang berjaya, Kabinet yang bersatu, team yang berkerja, yang jujur dan setia,” kata Annuar.-SM

https://suaramerdeka.com.my/dap-tetap-beriktiar-bersatu-pas-umno-berpecah-annuar/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Terbaru! DAP namakan Adly calon Ketua Menteri Melaka

 Nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil, Adly Zahari diumumkan akan kembali menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka seandainya Pak...