Selasa, 3 November 2020

DUN Selangor kecoh lagi, Adun PAS dan UMNO tetap pakai baju Melayu

 Kata Speaker, ini melanggar aturan di dalam Dewan yang mulia, sepatutnya beretika dalam pemakaian yang dibenarkan dalam sesi persidangan.

Sejak semalam Speaker DAP meluahkan ketidak puasan hatinya berkenaan pemakaian, malah bila Adun PAS dan UMNO memakai baju Melayu, ia menjadi teguran pula kerana melanggar peraturan.

Tetapi, kalau diikutkan, ia bukanlah menjadi isu, walau ia tidak dibenarkan, cuba Spekaer bernada dengan baik-baik, olahkan supaya bermula hari-hari berikut, Adun pembangkang pakailah pakaian yang mengikut peraturan.

Ini bergasak macam pasar, memang kalau penulis jadi Adun pun malas nak dengar apa nasihat Speaker. Kepada Adun PAS dan UMNO, teruskan beri tekanan kepada kerajaan PH di Selangor, sudahlah masalah air tiada kesudahan.

Negeri maju, cerita bilion-bilion namun air selalu tiada, masalah sahaja kerap terjadi.

Foto - Sinar Harian

Sidang DUN Selangor kecoh lagi isu pakaian - Sinar Harian

SHAH ALAM - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kecoh apabila beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN) didakwa telah melanggar etika pakaian pada sesi hari ini.

Speaker Dewan Undangan Negeri Ng Suee Lim berkata, sepatutnya ADUN menghormati etika pemakaian yang dibenarkan dalam sesi persidangan.

"Semalam saya telah menegur beberapa ADUN mengenai etika pemakaian dan mereka berjanji akan mengikutinya, namun malangnya pada hari ini mereka mengingkari apa yang dijanjikan.

"Bukan sahaja dewan malah kepada media, jadi saya berharap agar semua patuh terhadap ketetapan dewan mengenai etika pemakaian, jangan lagi dijadikan perkara ini sebagai isu," katanya.

Terdahulu, sesi dewan kecoh apabila Speaker menegur beberapa ADUN daripada BN yang bertindak memakai baju Melayu pada sesi hari ini.

Bagaimanapun Suee Lim memuji Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang) apabila mematuhi etika pakaian pada hari ini.

Semalam, pembukaan Sidang DUN Selangor sedikit kecoh apabila Suee Lim menegur tindakan beberapa pemimpin pembangkang yang memakai baju kebangsaan.

Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang berkenaan ialah Datuk Mohd Shamsudin Lias (Sungai Burong), Zakaria Hanafi (Semenyih), Datuk Mohd Imran Tamrin (Sungai Panjang), Rizam Ismail (Sungai Air Tawar) dan Ahmad Yunus (Sijangkang).

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/108209/EDISI/Selangor-KL/Sidang-DUN-Selangor-kecoh-lagi-isu-pakaian

Tiada ulasan:

Catat Komen

[Gempar] DAP pecat Adun Malim Nawar

 DAP hari ini memecat salah seorang wakil rakyatnya di Perak. Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP Ch...