Isnin, 30 November 2020

Jawatan Timbalan Perdana Menteri: Jangan desak Perdana Menteri – Zahid Hamidi

 PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pemimpin dan anggota parti agar tidak mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mewujudkan semula jawatan Timbalan Perdana Menteri dengan memberikan kuota berkenaan kepada parti itu.

Beliau berkata, kuasa pelantikan Timbalan Perdana Menteri,  Menteri dan Timbalan-timbalan Menteri terletak sepenuhnya pada budi bicara Perdana Menteri.



Justeru kata Ahli Parlimen Bagan Datoh itu lagi, spekulasi, tafsiran atau sebarang analisis mengenai jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak harus dibincangkan secara umum walaupun memang diakui, ada dibincangkan dalam mesyuarat parti.

Sekali lagi tegas Ahmad Zahid, hak pelantikan itu adalah hak Perdana Menteri.

“Mana-mana parti boleh meminta tetapi jauhkanlah daripada mendesak kerana kita harus menghormati kuasa yang ada di tangan perdana menteri,” kata Ahmad Zahid.

Beliau berkata demikian usai bersarapan bersama penduduk setempat di Warung Kopi Atan Deris di Jeti Hutan Melintang, pagi tadi.

Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu temu bual eksklusif bersama sebuah akhbar tempatan dilaporkan sebagai berkata, isu jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk diisi oleh pemimpin UMNO akan dibangkitkan semula sebaik Belanjawan 2021 yang dibahaskan di Dewan Rakyat selesai.

Ismail Sabri berkata, pada masa ini, tiada pemimpin UMNO diberikan jawatan tertinggi dalam Kabinet melainkan satu daripada empat jawatan menteri kanan yang disandang beliau, meskipun UMNO memiliki jumlah kerusi terbesar dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN). – BERNAMA – SM

Tiada ulasan:

Catat Komen

Pelik! Muhyiddin kata kerajaan sudah dah tak banyak duit, tetapi timbalan menteri pelancongan baru tetap akan dilantik hari ini

 Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Dee Koh Hoi dilapor akan mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri pelancongan, ke...