Selasa, 3 November 2020

Kaji selidik mengatakan rakyat ingin PH kembali memerintah, Anwar selayaknya Perdana Menteri

 Terkejut juga penulis melihat kajian yang dibuat oleh  NASR - Nusantara Academy for Strategic Researce yang dalam kai selidik undian mereka menunjukkan trend populariti Pakatan Harapan sudah menaik dan Anwar Ibrahim selayakkan menjadi Perdana Menteri.

Tidak pastilah nak ketawa atau menangis, ini kerana menurut kaji selidik NASR ini lagi, rakyat sudah tidak percaya lagi kepada Perikatan Nasional, malah Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8 sudah jatuh menjunam sokongannya.

Dari mana agaknya sumber kaji selidik mereka ya? Undian pula dari sudut mana pula yang menyokong kuat undian mereka itu.


Adakah semudah itu rakyat lupakan apa yang Pakatan Harapan sudah buat semasa mereka memerintah 22 bulan dahulu.

Mana mungkin rakyat boleh lupa, malah kajian ini hanyalah salah satu propaganda lucu yang cuba menaikkan imej Anwar dan PH.

Hakikatnya mereka tahu, Tidak mungkin akan beri peluang sekali lagi kepada Kerajaan menipu rakyat itu.

Maaf cakap, PH sedang gila, gila rindu nak berkuasa balik.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Melampau tuduh Umno derhaka kepada Raja, adakah Annuar memang berniat jahat?

 Annuar Musa menuduh Umno menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong. Tuduhan itu dinyatakan dalam suratnya kepada Setiausaha Agung Umno. Annua...