Sabtu, 28 November 2020

Kenyataan Anwar sedia letak jawatan jika gagal tolak belanjawan palsu

 KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan beliau mengeluarkan kenyataan bersedia meletakkan jawatan sekiranya gagal menolak Belanjawan 2021 pada peringkat jawatankuasa.

“Tindakan tidak bertangungjawab ini jelas dibuat bagi mencetuskan kekeliruan pelbagai pihak,” kata kenyataan pejabat Ketua Pembangkang itu hari ini.



Sebelum itu, tular di media sosial satu kenyataan yang didakwa dari Anwar yang menggesa semua pihak dalam Pakatan Harapan (PH) supaya tidak gusar dengan kegagalan mereka menolak belanjawan 2021 di Parlimen baru-baru ini.

Dalam kenyataan palsu itu, Anwar kononnya mahu semua pihak melupakan kekhilafan PH kerana tidak bangun untuk undi belah bahagi.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan:

Catat Komen

Melampau tuduh Umno derhaka kepada Raja, adakah Annuar memang berniat jahat?

 Annuar Musa menuduh Umno menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong. Tuduhan itu dinyatakan dalam suratnya kepada Setiausaha Agung Umno. Annua...