Selasa, 24 November 2020

Kerajaan mahu wujudkan semula PLKN

 Kerajaan bercadang untuk mewujudkan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) selepas ia dimansuhkan sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pada 2018.

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata program tersebut telah memberikan kesan patriotisme di kalangan remaja yang menyertainya selepas tamat persekolahan.



“Program PLKN dimansuhkan 2018 namun berdasarkan kesan program baik dalam pembentukan patriotisme remaja yang telah menyertai program ini pihak kementerian akan cadangkan semula kepada jemaah menteri agar projek ini dilaksanakan semula.

“Kita akan sediakan kertas memorandum jemaah menteri untuk kelulusan jemaah menteri,” katanya ketika sesi penggulungan perbahasan bagi Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Dia berkata demikian sebagai menjawab cadangan Ahmad Maslan (BN-Pontian) supaya mewujudkan semula PLKN.

Sewaktu pentadbiran PH, ia mengumumkan PLKN dan Biro Tata Negara (BTN) dimansuhkan.

Ismail juga berkata bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam menawarkan khidmat secara soft landing kepada bekas pegawai PLKN dan mereka akan ditempatkan di pelbagai agensi bagi tempoh setahun bermula 2019.

https://www.malaysiakini.com/news/552255


Tiada ulasan:

Catat Komen

Pelik! Muhyiddin kata kerajaan sudah dah tak banyak duit, tetapi timbalan menteri pelancongan baru tetap akan dilantik hari ini

 Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Dee Koh Hoi dilapor akan mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri pelancongan, ke...