Jumaat, 6 November 2020

[Lucu] “Syabas pada Ketua Armada PPBM" sindir Najib

Tidak diketahui mengapa tiba-tiba Ketua Armada PPBM ini cuba untuk memberi idea tak masuk akal, mustahil dan lucu, rasanya dia tahu, mana mungkin Bank boleh hapuskan terus hutang kalau kita sudah berhutang, walau yang berhutang itu adalah (B40).

Propaganda Ketua Armada ini selalu menjadi bahan troll, sepatutnya dia diam dan tidak perlu langsung buka mulut kerana sedang panas idea Najib berkenaan pengeluaran KWSP 10k.

Mungkin dia juga nak perhatian, konon PPBM juga perlu memberi idea bernas, masalahnya ini bukan bernas, ini memperbodohkan diri sendiri dengan idea tak masuk akal.

Buanglah perangai PH tu, kuat membonggak perkara yang tak logik.

Hapus hutang B40, Najib sindir Ketua Armada

KUALA LUMPUR – “Memang elok jika ini boleh menjadi realiti. Besok kita tengok jika ini dalam bajet 2021.’

Itu sindiran Datuk Seri Najib Razak menyindir Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang menggesa bank melaksanakan penghapusan hutang secara bersasar, khasnya kepada kumpulan berpendapatan 40 peratus terbawah (B40) dalam pembentangan Belanjawan 2021 esok.

“PM dari PPBM, menteri kanan paling kanan yang juga menteri perdaganan antarabangsa dari PPBM, menteri kewangan lantikan PPBM, menteri ekonomi dari PPBM dan ahli-ahli Majlis Tindakan Ekonomi juga dari PPBM dan lantikan PPBM – tanpa seorang dari BN atau PAS atau mana-mana parti lain.

“Sebab itu, tak mustahil ianya menjadi realiti.

“Syabas pada Ketua Armada PPBM jika ini boleh dilaksanakan sebab Malaysia menjadi negara pertama dalam dunia menghapuskan semua hutang bank golongan B40,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya malam ini.

Bagaimanapun menurut Najib, sebelum menghapuskan semua hutang bank B40 Wan Ahmad Faysal juga diminta memohon untuk melanjutkan moratorium pinjaman bank untuk B40 dan M40 terlebih dahulu.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan:

Catat Komen

Shahril Hamdan tegur Bersatu, usahlah pusing cerita dakwa Umno pula yang cetus masalah

 PETALING JAYA: Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan meminta Bersatu tidak menuduh Umno mencetuskan masalah, sebaliknya beliau mempersoalka...