Khamis, 26 November 2020

Moratorium automatik pinjaman bank kepada B40, M40 terjejas boleh mohon

 KUALA LUMPUR: Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengingatkan moratorium ke atas pembayaran pinjaman bank diberi secara automatik kepada golongan B40 dan peniaga kecil.

“Golongan B40 dapat lanjutan moratorium secara automatik. Golongan peniaga kecil dapat lanjutan secara automatik,” katanya ketika sesi pergulungan perbahasan Belanjawan 2021.



Beliau menjelaskan moratorium juga tersedia untuk golongan M40 dan T20 yang terjejas, dan boleh dimohon kepada bank masing-masing.

Katanya, golongan M40 dan T20 boleh memohon kepada bank masing-masing untuk mendapatkan kemudahan itu, namun mengingatkan “prinsip di sini tanggungjawab dan keadilan”.

“Adakah adil mereka kaya dan lebih mampu untuk bayar hutang diberikan moratorium,” katanya.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/11/26/moratorium-automatik-pinjaman-bank-kepada-b40-m40-terjejas-boleh-mohon/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Shahril Hamdan tegur Bersatu, usahlah pusing cerita dakwa Umno pula yang cetus masalah

 PETALING JAYA: Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan meminta Bersatu tidak menuduh Umno mencetuskan masalah, sebaliknya beliau mempersoalka...