Sabtu, 7 November 2020

Muzium monyet bakal dibuka di Kuala Selangor – EXCO

 SHAH ALAM, 6 NOV: Muzium khusus berkaitan monyet akan dibuka di Bukit Melawati, Kuala Selangor, kata EXCO adat istiadat Melayu, kebudayaan dan warisan.

Borhan Aman Shah berkata perancangan itu dijalankan di bangunan bekas rumah jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran yang kini dalam proses konservasi.


“Sekiranya berjaya dibuka, ia akan menjadi muzium monyet pertama di Malaysia dan juga mungkin pertama seumpamanya di dunia.

“Untuk makluman terdapat 22 spesies monyet di Malaysia tetapi hanya lapan yang masih aktif di Kuala Selangor,” katanya menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli pada sidang Dewan Negeri Selangor.

Juwairiya menyambut baik cadangan berkenaan yang dianggap akan mempelbagaikan tarikan pelancongan di daerah berkenaan.

“Untuk pengetahuan, Bukit Melawati di Kuala Selangor paling dikenali dengan monyet dari spesies Silver Leafed Monkey, saya amat berbesar hati sekiranya ada tarikan pelancongan sebegini,” katanya.

https://selangorkini.my/2020/11/muzium-monyet-bakal-dibuka-di-kuala-selangor-exco/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR2EwC79l_uBvV6c-I3U_IjzG2igj0-A3vyNMt9Refjy8fwkpd6euVRGNtk

Tiada ulasan:

Catat Komen

Melayu tak daftar undi sebab lihat ahli politik seolah dirasuk syaitan kata Khalid Samad

 PENGARAH Komunikasi Amanah Khalid Abd Samad menyangkal kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang kononnya ramai orang Melayu berag...