Sabtu, 28 November 2020

Nak tegur Anwar perlulah berhemah, nasihat PKR kepada DAPSY

 KUALA LUMPUR – Setiausaha Pemuda DAPSY, Eric Teh Hoong Keat dinasihatkan agar lebih berhemah dengan teguran sekiranya tidak bersependapat dengan arahan pimpinan Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, cadangan untuk pertimbangan “berpisah” dengan PKR dan menyusun semula barisan pembangkang hanya mengundang perpecahan.



Katanya, jika cadangan berkenaan wujud dalam pemikiran PH, maka apa gunanya meletakkan amanah dan kepercayaan kepada pemimpin.

“Belanjawan 2021 masih belum diluluskan dan usaha pembangkang belum dipatahkan lagi.

“Kita hanya mengambil langkah jangka masa panjang dan berharap rakyat memahami serta bersabar buat masa ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau turut berharap pemimpin PKR mahupun PH berdiri teguh bersama Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memastikan kebajikan rakyat terjamin pada masa yang sama mengembalikan mandat rakyat.

Semalam, Eric dilapor menggesa DAP agar mempertimbangkan untuk berpisah dengan PKR sekiranya Anwar enggan meminta maaf secara terbuka kerana gagal sepakat melakukan undi belah bahagi terhadap Belanjawan 2021.

Menurutnya, selepas berpisah dengan PKR, DAP perlu menyusun semula pasukan pembangkang dan menjadikannya lebih berkesan.

Ini kerana katanya, Anwar telah mengakui beliau memberi arahan supaya DAP dan PKR agar tidak menyokong usul undi belah bahagi Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2020/11/28/dapsy-perlu-berhemah-jika-mahu-tegur-anwar-farhash-wafa/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Terbaru! DAP namakan Adly calon Ketua Menteri Melaka

 Nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil, Adly Zahari diumumkan akan kembali menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka seandainya Pak...