Rabu, 11 November 2020

Pencemaran sungai berulang, kerajaan Selangor menyusahkan rakyat

 KUALA LUMPUR – Apa makanya kalau hukuman ditingkatkan menerusi pelbagai pindaan akta, tetapi pada masa sama pencemaran terus berlaku, kata Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi.

Beliau berkata, pencemaran yang berlaku di Sungai Selangor semalam sehingga henti tugas di Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, membuktikan kegagalan kerajaan negeri mengawal kegiatan yang menjejaskan sumber air.



“Gagal mengawal pencemaran Sungai Selangor yang menjadi sumber air mentah untuk dirawat bagi kegunaaan 1.2 juta akaun, sekali lagi membebankan rakyat yang tidak berkesudahan.

“Mana pemantauan 24 jam, mana dron pemantau dan langkah-langkah kawalan?,” soal beliau dalam kenyataannya hari ini.

Semalam, LRA Fasa, 1, 2, 3 dan Rantau Panjang telah dihenti tugas antara jam 12.20 hingga 12.45 tengah hari disebabkan oleh pencemaran bau seakan pelarut telah dikesan di Sungai Selangor.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesahkan perkara itu sambil memaklumkan bau telah dikesan sekitar 8 TON di LRA Rantau Panjang

Dr. Ahmad Yunus mendesak kerajaan negeri menyiasat secara terperinci dan tidak menuduh secara sembarangan, termasuk unsur sabotaj serta menuduh IWK sebagai punca secara melulu.

“Rakyat mahukan air pili di rumah-rumah, bukan mengangkat air lagi,” katanya. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2020/11/11/pencemaran-sungai-berulang-kerajaan-selangor-menyusahkan-rakyat/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Shahril Hamdan tegur Bersatu, usahlah pusing cerita dakwa Umno pula yang cetus masalah

 PETALING JAYA: Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan meminta Bersatu tidak menuduh Umno mencetuskan masalah, sebaliknya beliau mempersoalka...