Isnin, 23 November 2020

PN kalah perang saraf media sosial, guna van 'jual' belanjawan kata Kadir Jasin

 Nampak sangat Kerajaan Perikatan Nasional (PN) terdesak apabila menggunakan van kerajaan ke hulur hilir bagi menghebahkan kebaikan cadangan Belanjawan 2021.

Wartawan veteran, Datuk A. Kadir Jasin berkata, kalau tidak silap inilah kali pertama kegiatan sedemikian dilakukan bagi ‘menjual’ belanjawan kepada orang ramai.



Dakwa Kadir, kerajaan takut Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 ditolak oleh Ahli Dewan Rakyat apabila diundi pada 26 November ini.

Bagaimanapun, dari sudut lain pula, Kerajaan PN telah mula menggunakan aset negara untuk menjalankan kempen awal pilihan raya, dakwanya.

”Boleh jadi juga ini adalah pra tayang kepada fungsi baru Jasa yang bakal digerakkan semula jika Belanjawan 2021 lulus.

”Atau ia berupa pengakuan bahawa kerajaan PN telah kalah dalam perang saraf media sosial dan media arus perdana pula makin tidak berkesan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau mengulas penyebaran video van bergerak menyampaikan maklumat mengenai Belanjawan 2021 di media sosial dan dipercayai berlaku di Kuala Terengganu sejak kebelakangan ini.

Kadir juga berkata, program propaganda bergerak kerajaan PN itu mengingatkannya kepada zaman kanak-kanak dan remaja di Kedah apabila kerajaan penjajah menggunakan kapal terbang untuk menabur risalah anti-Komunis ketika Darurat 1948-60.

Di darat pula, van Malayan Film Unit akan menyangkan newsreel keluaran Pathé Film yang diselang-seli dengan film cowboy dan ucapan pegawai penerangan. РMalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2020/11/23/guna-van-jual-belanjawan-pn-kalah-perang-saraf-media-sosial-kadir/

Tiada ulasan:

Catat Komen

[Gempar] Pemimpin Armada ditangkap miliki ganja dalam jumlah besar

 Seorang tokoh Pemuda Bersatu (Armada) telah ditangkap polis pada 20 Jan lalu atas dakwaan memiliki dadah dalam jumlah yang besar. Perkara i...