Selasa, 24 November 2020

[Pulak dah] Hormati bukan Islam, tarik balik larangan jualan arak, kata bekas panglima ATM kepada DBKL

 Bekas panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Hashim Mohd Ali menggesa kerajaan menarik balik larangan jualan minuman beralkohol oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) demi menghormati hak dan kebebasan penduduk bukan Islam.

Hashim berkata Islam menuntut umatnya untuk melindungi hak dan kebebasan penganut agama lain.

Dalam satu kenyataan, Hashim menzahirkan rasa terkilan dengan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary bahawa larangan itu mungkin diperluaskan ke negeri lain.

“I mahu memberi peringatan kepada menteri-menteri setahun jagung untuk tidak ghairah dalam memaksa kefahaman agama mereka ke atas penganut agama lain, kata Hashim, yang menerajui ‘Chiefs Circle,’ sebuah kumpulan merangkumi bekas panglima ATM.

“Tindakan sedemikian bercanggah dengan prinsip asas Islam yang menuntut umatnya yang mempunyai kuasa untuk membela hak dan kebebasan penganut bukan Islam di bawah penjagaan mereka,” kata beliau.

“Justeru, saya ingin menggesa pihak berkuasa berkenaan untuk menarik balik larangan jualan minuman beralkohol ini.

“Jika tidak, ia akan memperlekeh semangat Rukun Negara kita, perpaduan nasional dan keharmonian kebudayaan serta kepelbagaian yang selama ini dinikmati penduduk Islam dan bukan Islam,” katanya.



Hashim berkata beliau tidak menggalakkan tabiat meminum arak, namun adalah mustahak hak bukan Islam di hormati selaras dengan kedudukan Malaysia sebagai negara berbilang kaum

Baca selanjutnya https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/11/24/hormati-bukan-islam-tarik-balik-larangan-jualan-arak-kata-bekas-panglima-atm-kepada-dbkl/?fbclid=IwAR0BsjJNruP6QtnD0rcVKUqInTc0HsVHQSISLDRfsTd0kad0kV-SIWuocwU

Tiada ulasan:

Catat Komen

'Malas layan, PRU14 pun ahli MIC tak sokong PAS, mereka undi PH'

 Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, dia enggan melayan kenyataan pemimpin MIC termasuk amaran parti itu yang tidak akan me...