Ahad, 15 November 2020

Kuat menipu page Facebook SSTDM ini kata Najib

 Kita sedia tahu page Facebook penjilat tegar bekas Perdana Menteri paling tua dalam Asia, malah di Dunia juga, siapa lagi Mahathir, page ni kalau sebut memang kena satu nafas, SAYA SAYANG TUN DR MAHATHIR atau SSTDM kerap membuat kenyataan luar konteks yang senang kata banyak propa dari betulnya.

Almaklumlah, selagi Mahathir ada, selagi itulah page itu bercerita pelbagai ceritera khayalan dan boleh dianggap sedang menghisap gam. 

Serangan terhadap Najib Razak pula tidak akan berhenti, malah mereka yakni admin-admin penjilat Mahathir ini dengan pelbagai helah membuat serangan yang adakalanya modal sama sahaja, tak 1MDB, perompak, pencuri, Rosmah, Najib kleptokrasi dan pelbagai ayat biasa mereka lontarkan.

Kali ini Najib bidas dengan pedih, kalau admin yang buat tuduhan tu baca mungkin menjerit dengan lantang kerana tertekan, sudahnya mereka pula kena troll.

Mendapat...

Najib Bidas Penipuan Facebook SSTDM

CYBERJAYA: Bekas Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak membidas penulisan di sebuah laman facebook yang dikenali “Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohamad” (SSTDM) mengenai kes yang telah disabit ke atas dirinya.



Menurut Najib, tidak benar sama sekali bahawa rayuan kes SRC ke atas dirinya adalah untuk meringan hukuman yang telah dijatuhkan oleh Hakim.

“Rayuan kepada Mahkamah Rayuan dengan sekurang-kurangnya 3 hakim ialah untuk menolak keputusan mahkamah tinggi yang dibuat oleh seorang hakim sahaja yang telah dipindah dari mahkamah sivil untuk menggantikan hakim asal selepas kes SRC sudah berjalan.

“Proses untuk mengurangkan hukuman dipanggil “mitigation” atau “mitigasi”. Proses untuk menolak keputusan dipanggil “appeal” atau “rayuan”,” jelas beliau dilaman facebook rasminya.

Selain itu, menurutnya lagi, tidak benar bahawa beliau kurang menjawab atau tidak berani dalam mahkamah.

Katanya, sesiapa sahaja boleh tonton video berhubung komen pendakwaraya kes SRC berhubung jawapannya  dalam mahkamah melalui https://www.facebook.com/najibrazak/videos/881148242393710/

“Tak benar juga bahawa saya adalah jaguh di Facebook,

“Jaguh FB sebenar adalah mereka yang mampu bertahan dengan makian memanjang seperti FB PM4/7/7i serta page-page FB penyokong tegar dia,” sindirnya.

Dikesempatan itu juga, Najib juga telah memerli SSTDM dengan memberi contoh page facebook yang tahan maki di

https://www.facebook.com/152404861497999/posts/4647052552033185/?d=n

-SuaraTV

https://suara.tv/14/11/2020/najib-bidas-penipuan-facebook-sstdm/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Dengan Muhyiddin 'berkuasa mutlak', Dr M jangka berlaku salah guna kuasa

 Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata "kuasa mutlak" yang diberikan kepada penggantinya Muhyiddin Yassin berikutan pe...