Jumaat, 6 November 2020

Trump diambang kekalahan, Biden pula sudah yakin menang untuk jawatan Presiden US

 Dengan peluang pemilihan semula dirinya sebagai presiden semakin pudar susulan lebih banyak undi dikira di beberapa negeri penentu keputusan, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melancarkan serangan luar biasa terhadap proses demokrasi negara itu dari Rumah Putih pada hari Khamis, dengan mendakwa pilihan raya itu "dicuri" daripadanya .

Tanpa memberi sebarang bukti, Trump mengecam pekerja pilihan raya dan mendakwa berlaku penipuan di negeri-negeri yang menyaksikan undi yang tidak pasti datang dari mana berjaya melonjakkan calon Demokrat Joe Biden lebih dekat kepada kemenangan.

"Ini adalah kes yang mereka berusaha untuk mencuri pilihan raya," kata Trump, yang bercakap selama kira-kira 15 minit di bilik taklimat Rumah Putih sebelum dia beredar tanpa menjawap sebarang soalan wartawan.

Biden, bekas naib presiden, terus merapatkan jurang di Pennsylvania dan Georgia yang sebelum ini didahului oleh Republikan, malah dia juga berjaya mengekalkan kelebihan tipisnya di Nevada dan Arizona, serta semakin hampir untuk mendapatkan 270 undi elektoral.

Biden, 77, dilaporkan hanya memerlukan undi daripada satu atau dua negeri lagi untuk meraih majoriti bagi merebut Rumah Putih. Trump, 74, pula memerlukan gabungan kemenangan di beberapa negeri untuk terus kekal sebagai presiden.

Di Pennsylvania, Trump yang mendahului dengan 319,000 undi pada petang Rabu lalu menyaksikan kelebihannya menjadi sekitar 50,000 pada malam Khamis, sementara marginnya di Georgia turun dari 68,000 menjadi 2,500.

Angka-angka itu dijangka terus berubah da bergerak memihak kepada Biden, dengan kebanyakan undi berkenaan datang dari kawasan-kawasan yang lazimnya memilih Demokrat, termasuk di bandar Philadelphia dan Atlanta.

Sementara itu, Biden melihat jumlah undi yang didahuluinya di Arizona menegecut dari 93,000 menjadi sekitar 48,000; dia mendahului di Nevada dengan hanya 11,000 undi.

Sekiranya Biden menang di Pennsylvania, beliau akan memperoleh 20 undi elektoral, sekali gus melebihi 270 undi minimum yang diperlukan untuk menang secara keseluruhannya.

Sebilangan besar rangkaian televisyen utama memberi Biden 253 undi elektoral daripada 538 undi yang diagih berbanding Trump yang mendapat 214 undi, termasuk negeri penting Wisconsin dan Michigan yang ditawannya pada hari Rabu.

- Reuters

Tiada ulasan:

Catat Komen

Shahril Hamdan tegur Bersatu, usahlah pusing cerita dakwa Umno pula yang cetus masalah

 PETALING JAYA: Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan meminta Bersatu tidak menuduh Umno mencetuskan masalah, sebaliknya beliau mempersoalka...