Jumaat, 6 November 2020

Tun M dakwa kerajaan masih mahu isytihar darurat

 KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih berusaha untuk mengisytiharkan darurat di negara ini.

Mahathir berkata, kerajaan beralasan jika darurat tidak diisytiharkan sebelum Isnin lalu, pasaran saham akan jatuh merudum.

Saya difahamkan pihak kerajaan masih berusaha untuk isytihar darurat di negara tercinta ini.

“Mengikut hujah mereka kononnya negara berada dalam keadaan krisis, dengan 10,000 anggota polis diserang Covid-19, satu juta orang asing sudah melanda negara ini dan kononnya jika darurat tidak diisytihar sebelum Isnin, 2 November, pasaran saham akan jatuh merudum,” katanya dalam blognya hari ini.

Dalam pada itu, Mahathir mempertikaikan sama ada pengisytiharan darurat mampu untuk mengurangkan kes positif Covid-19.

Malah beliau turut mempersoalkan mengapa  Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menggunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri dalam mengurangkan kes Covid-19 tanpa pengisytiharan darurat.

“Apakah yang boleh dilakukan oleh Perdana Menteri dengan kuasa penuh dari darurat yang tidak boleh dilakukan sekarang.

Belanjawan pun boleh dilulus oleh Parlimen tetapi takkanlah tanpa melihat belanjawan, kita luluskan belanjawan.

“Itu seperti menandatangan cek kosong (blank cheque). Kita percaya pada Perdana Menteri tetapi Perdana Menteri adalah manusia biasa – mungkin tersilap. Kita juga ada idea yang baik yang boleh dimasukkan. Selepas itu kita luluslah,” katanya lagi.

Baca selanjutnya https://malaysiagazette.com/2020/11/06/tun-m-dakwa-kerajaan-masih-mahu-isytihar-darurat/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Melayu tak daftar undi sebab lihat ahli politik seolah dirasuk syaitan kata Khalid Samad

 PENGARAH Komunikasi Amanah Khalid Abd Samad menyangkal kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang kononnya ramai orang Melayu berag...